Thursday, July 05, 2012

Steinhart Ocean 1 Vintage Red

Alhamdulillah, jam yang dicari-cari dengan aktifnya sebelum ini selamat sampai ke tangan saya dengan menggunakan perkhidmatan kurier ekspress. Setelah mengambil kira stok availability, kepantasan servis, dan customer service, saya mengambil keputusan untuk membeli jam ini dari authorised dealer nya yang berpengkalan di Singapura, iaitu http://www.gnomonwatches.com/. Mungkin harganya agak mahal sedikit berbanding jika dibeli terus dari pengeluarnya. Namun isu kelewatan menanti dan kerapkali tiada stok menyebabkan saya mengambil keputusan ini.

Penjual menggunakan khidmat UPS Express yang terbukti pantas dan selamat. Order yg dibuat pada jam 12pm pada hari sebelumnya, selamat sampai ke tangan saya keesokannya pada jam 11 am, bermakna kurang dari 24 jam masa menanti :)  
Penjual turut menyertakan free gifts! Rasanya berbaloi jula walaupun taklah mahal mana gifts tu :)

Huish Dievas tu :p Tapi bukan jam pun, plastiknya aje :D 

 
Sekali Nato daa...Olive Green, 22mm...mungkin bukan kombinasi yang cantik dengan jam ini. Tapi memang worth it :) 


Jam ini didatangkan dengan outer box berwarna putih. Tertera logo dan perkataan Steinhart di situ.

Manual ringkas untuk menerangkan operasi jam ini, yg dijana ETA2824-2, berkebolehan hand wind, dan hacking. Enjin berkapasiti 28,800 bps.

Dalam kotak, ada kotak lagi :) 

Lihat bahagian atas kotak ini...span yg bertekstur seperti kotak telur memang memberikan maximum protection kepada jam ini semasa dalam proses transit. 

Tu diaaa...sorry for the terrible BB shot :p 

Jam ini bersaiz 42mm, dengan domed sapphire crystal.  

Perhatikan hands nya yg sebijik rupanya dengan salah satu model Rolex yang terkenal tu...ya, model ini ialah homage kepada model tersebut.

 Alamak, iklan sekejap :p Selain dari tali Nato Olive Green, kotak yang yang cantik ini turut disertakan.

Tapi bahagian dalam biasa-biasa saja...but still nice! 

Ok back on track :) Caseback nya di engrave dengan lambang kuda laut yang ditunggangi pahlawan (agaknya kot :p). Simple saja.

Signed crown dengan lambang Steinhart

Pandangan dari atas

Pandangan dari sisi kiri

Clasp dengan safety locknya...tapi tiada diver's extension clasp di situ.

Bracelet adalah dari jenis solid, dengan end link nya sekali. Tangan kecik aje :D

Kesimpulannya, saya rasakan pembelian jam ini sama feelingnya masa seiko Alpinist saya sampai :) Sangat-sangat berpuashati walaupun tak lah perfect. Lume pip pada bezelnya ada sedikit lari dalam 1-2mm dengan marker no 12...pada saya ia bukanlah deal breaker memandangkan terlalu sikit cacatnya, nak tenung lama-lama pun boleh jadi kero :p Jam yang berpengkalan di Jerman tetapi dibikin di Switzerland ini saya harap dapat menjadi keeper untuk saya, InsyaALLAH.

Untuk bacaan lain tentang jam ini, rakan-rakan boleh rujuk di sini:




Ada juga yang komen lume nya agak ketinggalan. Sila lihat di sini:

12 comments:

matsal said...

tahniah bro....

sah_kul said...

Habislah mcm ni walikard dayan swiss :P

walikard said...

matsal: Tq bro :)

sah_kul: Layan sesikit aje bro, blm viral lagi :p Ko bro? Hehe

Pencinta Masa said...

Tahniah Wali!

Wah, sekali pandang macam vintage Sub bro. Macam model 1680 (sebab ada date, kalau takde date boleh kata 5512/3), lepas tu ada red lettering, markers nampak macam patina.

Tapi ko kenala cari camera dan skil bagus sikit to give proper recognition to the watch. Janganla BB bro ...

walikard said...

KP: Thanks for the comments bro :)...InsyaALLAH, dalam proses pencarian camera yg baik sikit :D Mudah-mudahan dapat perbaiki kelemahan ini

duniajam said...

wah! Tahniah bro! Cun jam ni

walikard said...

DJ: Tq tq :)

Rozif Rasid said...

racun..........rachooon.....

walikard said...

Rozif: Racun ada penawar takpe :p

Suka Jam said...

Lawa betul.. berapa harga baru jam ni dalam market?

walikard said...

Baru dalam USD450 bro, dari gnomonwatches.com. Kalau beli direct dari steinhart murah sikit...tapi servis diorang lambat

Unknown said...

Errr..kalo nk suh bro oderkan bleh ke? Berkenan la plak..