Lama juga pencarian King Seiko ini berlangsung. Akhirnya ketemu jua. Sepanjang pencarian, banyak juga yang muncul. Tapi harganya di luar bajet saya. Agak sukar juga nak jumpa memandangkan pasaran vintaj Seiko lebih didominasi penyelam. Cuma yang baiknya, untuk jam-jam dress vintaj Seiko sebegini, kebanyakannya insyaALLAH all original parts. Kalau ada pun aftermarket nya mungkin pada talinya.
Jam yang baru ditemui ini baik kondisinya. Berjalan dgn cemerlang pada mata saya yang newbie ni :) Berkapasiti 28,800, ia dikategorikan sebagai hi-beat. Memang asyik melihat jarum saatnya berjalan. Lancar!
Bersaiz agak kecil berbanding standard sekarang iaitu 36mm. Untuk jam dress, pada saya ia sangat acceptable. Putih cream menambah perisa vintajnya yeng memang dah sedia vintaj :)
Crown asli bertanda "KS". Pelik juga...ini adalah antara faktor penting saya meminati jam KS :p Tak kisahlah janji suka. Cermin timbul melebihi case nya. Rasanya cermin adalah dari jenis kristal. Sila perbetulkan saya sekiranya tersalah ya
Fungsi quickset jam ini dah tak boleh pakai. Tapi date masih bertukar dengan baik. Tiada isu di situ :)
...tapi gold medalion dah takdak. Kalau yg ada medalion rupa dia mcm ni:
Sumber: http://sukajam.blogspot.com/2011_02_01_archive.html
Sungguh hensem
Kesimpulannya, saya berpuashati dengan pembelian kali ini. Ia tidaklah dirancang. Tapi disebabkan ia jarang-jarang muncul, dan bila muncul pulak pada harga yg saya mampu, apa lagi :)
Untuk bacaan lain blogger tempatan tentang Seiko KS ini (berbeza siri), sila ke:
http://sukajam.blogspot.com/2011_02_01_archive.html
http://detikduabelas.blogspot.com/2011/02/ks.html
http://wafeesoid.blogspot.com/2011/12/king-seiko.html