Thursday, January 17, 2013

G-shock G-5600-1JF: Kerja2 Tukar Bateri


 Casio G-shock G-5600-1JF adalah antara model terawal dari siri 5600 yang dijanakan kuasa solar.  Cuba lihat di sebelah kiri muka jam yang nampak macam telur tu? Itu adalah indikator tahap kuasanya. Unik kan? Model-model yang lebih baru tiada ciri-ciri ini. Jadi,  model ini bolehlah dianggap vintage :)

  
Sekitar bulan November/Disember 2012 yang lalu, Alhamdulillah saya telah mendapatkan model yang rare ini dari seorang sahabat baik. Ia sudah tidak berbezel. Namun kondisi fizikalnya sangat baik. Calar2 pun takde. Selama hampir sebulan juga pencarian bezel untuk model lama ini. Saya ada coretkan serba sedikit di sini:


Masalah lain yang timbul ialah bateri solar jenis CTL1616 yang ada padanya dah tak boleh nak hold charge. Jemur lama manapun kesannya hanya bertahan 2 3 minit sahaja. Atas faktor ini, fungsi EL dan Auto EL telah dihadkan. Tekan saja butang light, isyarat "RECOVER" akan keluar. Saya membuat sedikit pembacaan di forum-forum dan ada yang mengatakan cell CTL1616 yang lama ada sedikit isu. Jadi, setelah yakin memang bateri isunya, saya telah memesan bateri yang baru dari penjual tempatan di lelong.com.my. Tapi nak sampai makan masa 2 minggu juga...lama tu! Baik beli kat ebay aje lebih kurang jugak...:p

Dengan sedikit peralatan, saya pun buatlah kerja-kerja yang sepatutnya. Cuma, sebaik-baiknya penyepit yang warna merah tu adalah dari jenis plastik, bukan besi. Yang saya punya tu aluminium..pun saya rasa kurang baik juga. Besi adalah konduktor elektrik yang baik dan dikuatiri mampu mengalirkan caj ke tempat yang tidak sepatutnya. Kompenen elektrik/elektronik ni walaupun kecil amp nya, ia mampu merosakkan komponen. Jadi, hand with care ya :)


Bukak-bukak saja casebacknya, satu lapisan plastik hitam akan kelihatan menutupi keseluruhan modul. Pastikan semasa membuka casing jam dalam keadaan face down. Ini kerana terdapat satu spring kecil yang bertindak sebagai connector kepada speaker yang terletak di caseback. kalau terhilang spring kecik tu, tak berlagulah gshock anda :p Pastikan ia sentiasa di situ semasa kerja-kerja "subversif" sedang dilakukan :D

Yang bulat ditutupi sticker bertulisan Jepun dan English tulah tempat baterinya. Buang yang keruh, ambil yang jernih :) Dah lepas tu pasang balik apa yang patut dan chek jam samada boleh berfungsi seperti asal atau sebaliknya. Dalam kes saya Alhamdulillah dah elok. 


Dah hensem balik dah :) Bezel baru, bateri pun baru :) Alhamdulillah siap dan berfungsi.

6 comments:

sah_kul said...

Tahniah kerana sukses dlm usaha anda... artikel ni sesuai utk rujukan masa depan... best

walikard said...

TQ bro :) Artikel tak berapa nak lengkap sebab gambar2 yang kurang dan peralatan yang ala kadar :p InsyaALLAH akan diperbaiki mutunya

Anonymous said...

Model G-5600-1JF merupakan model pertama yang menggunakan kuasa solar dan bateri caj semula CTL1616 dari Panasonic. Malangnya model terkena sumpahan "battery blue" gara-gara masalah kualiti bateri CTL1616 pada 2006.

walikard said...

Oh sayangnya... Mgkn pada peringkat awalnya modul ni masih banyak kelemahan... Maklumlah 1st..saya percaya casio dah rectify masalah ni

Unknown said...

Terima kasih bagi info. Kena oder juga yer bateri tu? Saya ada satu g shock riseman bateri dah tk simpan karan. Di mana boleh saya beli bateri tersebut. Kalau ada boleh email saya kcp5542@gmail.com

Unknown said...

Terima kasih bagi info. Kena oder juga yer bateri tu? Saya ada satu g shock riseman bateri dah tk simpan karan. Di mana boleh saya beli bateri tersebut. Kalau ada boleh email saya kcp5542@gmail.com