Display model ini sedikit keemasan, macam retro gitu...juga pada tulisan "Protection" dan "G-shock" seperti dalam gambar. Terdapat juga dalam variasi Foxfire yang dah pupus dan kini menjadi buruan kebanyakan peminat G-Shock...dan harganya memang mahal.
Bukan saja display dan tulisan pada bezel, malah button pun gold :) Kualitinya memang baik, dan warna gold tu buat masa ni tak faded. Masa yang akan menentukan kelak sejauh mana ia bakal bertahan.
Buckle pun gold juga..terpampang tulisan "Casio China" di situ...benar, kebanyakan G-shock sekarang adalah dari China...versi Thailand pula yang dah banyak berkurangan....apapun jangan bimbang, ia masih asli, dengan kualiti G-shock yang kita semua sudah sedia maklum.
Caseback adalah dari jenis biasa. Kebanyakan G-shock masakini dilengkapi dengan caseback yang serupa. Kalau screw back, tentu harganya sangat mahal.
Fungsi timer pun ada...
...dan stop watch.
Sisi pandang yang berbeza...