Tuesday, August 27, 2013

Orient M-Force Yang Kuning: EL03005Y


Lain yang dicari, lain pula yang dibeli..itulah yang berlaku kepada saya beberapa hari yang lepas. Hajat di hati membeli jam loceng Orient jenis klasik tu...sekali bawak balik 2 Orient...termasuk Orient yang kuning ini :)

Pertama kali saya melihat model ini di blog Yeomanseiko, di link berikut:


Memikirkan yang model-model baru sebegini pastinya akan lambat memasuki Malaysia, saya relax kan aja diri ini, dan taklah berusaha mencarinya selepas usaha menjejakinya secara online menemui jalan buntu. Apapun situasi berubah setelah saya berkunjung ke "port" biasa untuk membeli jam loceng yang dihajati. Ada pulak di melambai di situ....


Orient M-Force model dari tahun 2011 ini telah diberi sentuhan baru dengan dial kuning dan bezel serba hitam. Bentuk case, bezel, crown adalah sama...warna sahaja yang berubah...dial juga mengalami perubahan yang agak ketara juga selain warna kuning tersebut.



Bentuk case yang mempunyai 2 jenis finishing...brushed/satin di bahagian tepi...manakala polished di bahagian yang lain pula....kombinasi yang selalu ada pada jam-jam Jepun terutama Seiko dan Orient memang memuaskan hati. 


Di datangkan dengan sapphire crystal, sememangnya features yang janggal sekiranya ada peminat tegar Seiko diver. Plus point untuk jam ini pada saya. Apapun Hardlex yang digunakan Seiko mempunyai kelebihannya tersendiri.


Crown dengan lambang Orient, berserta line merah di situ. Persis Seiko Stargate. Drilled lug memudahkan kerja-kerja penukaran tali. Apapun, lug width nya adalah agak ganjil, iaitu bersaiz 23mm. Namun setelah dicuba, tali bersaiz 24mm juga boleh digunakan tanpa perlu modified apa-apa.


Tali getah yang didatangkan bersama jam ini agak lembut dan selesa. Apapun untuk skinny wrist mcm saya, sememangnya ia akan terjulur keluar, sama sahaja seperti Seiko Z20/Z22 yang terkenal itu.


Antara faktor penarik jam ini selain dari dial kuningnya itu ialah, terdapat Power Reserve indicator di situ...sangat handy, dan unik. Trademark Orient ini sememangnya tersendiri dan welcoming additional feature ini seolah-olah ekslusif kepada Orient sahaja dalam kategori harga sebegini.


Haribulan di kedudukan no 4, sejajar dengan crown yg berada di kedudukan yang sama. Terpampang tulisan M-Force berwarna merah di kedudukan no 9.


...Lagi gambar close-up yang tak berapa nak close :p


Caseback yang simple...Made In Japan yang mahal tu :)


Antara jam yang berbaloi dimiliki pada saya. Dengan harga yang  kurang sedikit berbanding Seiko Sumo, anda boleh memiliki diver yang berkebolehan hack and wind, power reserve indicator dan sapphire glass. Nak diver kuning? Carilah Orient M-Force kuning ini :)