Showing posts with label orient. Show all posts
Showing posts with label orient. Show all posts

Monday, October 21, 2013

Orient Saturation Diver

Tengok gambar-gambar dulu ya, InsyaAllah sedikit ulasan akan menyusul :)

Tuesday, August 27, 2013

Orient M-Force Yang Kuning: EL03005Y


Lain yang dicari, lain pula yang dibeli..itulah yang berlaku kepada saya beberapa hari yang lepas. Hajat di hati membeli jam loceng Orient jenis klasik tu...sekali bawak balik 2 Orient...termasuk Orient yang kuning ini :)

Pertama kali saya melihat model ini di blog Yeomanseiko, di link berikut:


Memikirkan yang model-model baru sebegini pastinya akan lambat memasuki Malaysia, saya relax kan aja diri ini, dan taklah berusaha mencarinya selepas usaha menjejakinya secara online menemui jalan buntu. Apapun situasi berubah setelah saya berkunjung ke "port" biasa untuk membeli jam loceng yang dihajati. Ada pulak di melambai di situ....


Orient M-Force model dari tahun 2011 ini telah diberi sentuhan baru dengan dial kuning dan bezel serba hitam. Bentuk case, bezel, crown adalah sama...warna sahaja yang berubah...dial juga mengalami perubahan yang agak ketara juga selain warna kuning tersebut.



Bentuk case yang mempunyai 2 jenis finishing...brushed/satin di bahagian tepi...manakala polished di bahagian yang lain pula....kombinasi yang selalu ada pada jam-jam Jepun terutama Seiko dan Orient memang memuaskan hati. 


Di datangkan dengan sapphire crystal, sememangnya features yang janggal sekiranya ada peminat tegar Seiko diver. Plus point untuk jam ini pada saya. Apapun Hardlex yang digunakan Seiko mempunyai kelebihannya tersendiri.


Crown dengan lambang Orient, berserta line merah di situ. Persis Seiko Stargate. Drilled lug memudahkan kerja-kerja penukaran tali. Apapun, lug width nya adalah agak ganjil, iaitu bersaiz 23mm. Namun setelah dicuba, tali bersaiz 24mm juga boleh digunakan tanpa perlu modified apa-apa.


Tali getah yang didatangkan bersama jam ini agak lembut dan selesa. Apapun untuk skinny wrist mcm saya, sememangnya ia akan terjulur keluar, sama sahaja seperti Seiko Z20/Z22 yang terkenal itu.


Antara faktor penarik jam ini selain dari dial kuningnya itu ialah, terdapat Power Reserve indicator di situ...sangat handy, dan unik. Trademark Orient ini sememangnya tersendiri dan welcoming additional feature ini seolah-olah ekslusif kepada Orient sahaja dalam kategori harga sebegini.


Haribulan di kedudukan no 4, sejajar dengan crown yg berada di kedudukan yang sama. Terpampang tulisan M-Force berwarna merah di kedudukan no 9.


...Lagi gambar close-up yang tak berapa nak close :p


Caseback yang simple...Made In Japan yang mahal tu :)


Antara jam yang berbaloi dimiliki pada saya. Dengan harga yang  kurang sedikit berbanding Seiko Sumo, anda boleh memiliki diver yang berkebolehan hack and wind, power reserve indicator dan sapphire glass. Nak diver kuning? Carilah Orient M-Force kuning ini :)


Monday, August 27, 2012

Orient Submariner


Eid Mubarak untuk rakan-rakan sekelian :) Agak terlewat ucapan raya daripada saya pada kali ini. Untuk post kali ini, saya sekadar nak memperkenalkan jam yg sedia diketahui umum ni. Orient2ER00001B atau lebih dikenali dengan nama Orient Submariner sementelah mengambil design yg memang sama macam Rolex Submariner...kata orang, Orient ni adalah the best homage to Rolex Sub. Wallahu A'alam. Setakat pada mata saya yg sangat2 mentah ni, memang macam itulah rupanya. Boleh lihat liputan dan perbandingan yang lebih detail dibuat oleh blogger Duniajam di sini:

http://duniajam.blogspot.com/2009/11/orient-submariner.html


 Klasik design sebegini...timeless...rasanya untuk tahun-tahun yang mendatang sekalipun, design sebegini tetap akan ada follower nya yang tegar. Dengan saiz 40mm yang memang sedap dipakai, jam ini sering saja dalam list rotation saya. Tak berat sangat, tak besar sangat...sedang-sedang sahaja :) Sederhana


Cyclopnya berfungsi dengan baik sebagai date magnifier. Ada sesetengah orang buang...tapi saya suka ia di situ. Unik juga :)

 Walaupun hanya WR100m, crown nya adalah dari jenis screw. Jadi tanpa ragu-ragu saya mandikan aje jam ni...ambik wudhuk pun takde hal...kenakan saja ia dengan air :)


Cerminnya biasa-biasa saja...bukan sapphire, bukan AR coated. Jelas sekali kelihatan flare di situ...bukanlah suatu masalah kerana harganya sangat2 berpatutan.

 Braceletnya adalah dari jenis solid, tapi end linknya adalah dari jenis hollow. Oklah, serve it purpose well :) Selesa dipakai...lume dia? Lemah...tak sebaik seiko

...cuma kat claspnya ni agak tajam...lama-lama ok kot...tapi sama sekali tak mejejaskan keselesaaanya...walaupun murah, buatannya tidaklah cincai...lihat saja pada carved logo tu.

Caseback yg plain saja...yg pasti logo hologram tu mesti ada utk megesahkan ketulenannya :)

Kesimpulannya, memang sangat value for money...tak caya? Try beli :D Bacaan lain tentang jam ini boleh dilihat di sini:

http://sukajam.blogspot.com/2010/06/orient-submariner-automatic.html 

http://www.pmwf.com/Phorum/read.php?26,290017

Tuesday, November 29, 2011

SOLD: Orient Open Heart-Offer RM300!

Offer price, RM300 sahaja :) Untuk maklumat lanjut tentang jam ini, sila rujuk posting saya sebelum ini di sini:


Berikut ialah video tentang jam ini:


Jangan segan-segan nak hubungi saya ya :)

Sunday, October 30, 2011

Perjumpaan Mini Yang Amat Beracun

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH SWT, pada malam 25 Oct 2011 yang lepas sempat juga bertemu abg Hassan detikduabelas, beserta Usin the restorer (www.seikologi.wordpress.com). Sebenarnya nak berjumpa saudara Usin untuk servis restore beliau untuk jam Seiko 6139-6012 saya. Dah alang-alang jumpa kat Puchong yang merupakan home venue abg Hassan, apa lagi ajaklah tuan rumah sekali..hehehe. Perjumpaan yang bermula jam 9.30 malam itu berakhir jam 2.30 pagi, dengan 90% isi perbualan kami sememangnya berkisar soal jam.

Tu dia otai-otai jam sedang mencari ilham apa yang patut dibuat untuk berhenti membeli jam..hehe...eh mana ada, mana boleh stop :) Yang sebelah kanan tu abg Hassan. Yang kiri tu Usin. Antara hasil kerja beliau boleh dilihat di bawah ini. Liputan tentang jam yang saya hantar juga telah diupdate di blog beliau. Klik kat sini.

Cun! Bukan untuk dijual kata Usin. Buat tatapan anak cucu kelak. Juga boleh menjadi sebab yang kukuh untuk saya restore jam 6139 saya tu, selain nilai sentimentalnya kerana menyambut kelahiran kembar saya pada 22 Ogos yang lalu.

Ini antara jam yang dibawa abg Hassan. Saya ambil gambarnya kerana model ini adalah antara yang saya paling minat...dah tak payah restore sebab dah memang cantik. Tergugat iman...

Caseback pun clean...dari tahun 60-an tu! Navigator Timer buat masa ini jadi igauan aje dulu. InsyaALLAH, lepas ni ada rezeki bolehlah diangkut, sekiranya stok masih ada...

Bellmatic ini saja saya upload gambarnya untuk tatapan seorang kawan yang meminatinya. Apa lagi bang, kasi sambar :D

Seterusnya pada 28hb berikutnya, saya sekali lagi berjumpa abg hassan untuk membeli kotak jam yang macam briefcase tu. Alang-alang dah berjumpa, mintaklah abg hassan bawak jam-jam legend beliau untuk ditatap. Kira macam meracun diri sekali lagilah..hehe

Tu dia..primadona in the limelight malam tu...seiko MM...igauan kebanyakan penternak Seiko...memang best dipakai...kalau nak beli kena jual motor dululah :p

Ni pulak Orient diver 300m..siap power reserve tu..saiz dia pun besar, mengalahkan MM. Tengok gambar kat bawah ni untuk melihat perbezaannya..terasa beratnya di tangan. Apapun, memang best!

Besar kan Orient tu? Bagak sungguh! Memang kalau gaduh sure menang punya...hehe


Seiko Sumo oren! Ini pun best dan berat...patutlah ramai yang minat...terasa sedap ditangan...rasanya everything is just right.

The last samurai...jam ini ringan, dan unik senibinanya..langsung berlainan dengan seiko diver yang lain. Tak terasa bila di tangan especially dengan tali Zulu tu.


Ha, ini pulak Orient 60th Anniversary limited edition...hanya ada 1500 unit di seluruh dunia...yang abg hassan punya ni yang ke 4xx/1500. Ini antara jam yang sangat-sangat saya minati. Boleh hack, dan wind...siap dengan power reserve yg best itu.

Fuhh, pakai kat tangan memang menangkap...size dia just right pada saya. Macam nak kena gadai jam-jam lain aje untuk ambik yang ini :p

Ini pulak made in Germany, but with Japanese heart...lume super luminova kalau tak siap saya...enjin boleh kunci. Juga antara jam yang saya sangat minati...dengan harga di bawah 1k, ia sememangnya mampu milik.

Itulah antara yang sempat saya kongsikan dengan para pembaca. 2 sesi kecil-kecilan tersebut sememangnya racun untuk diri sendiri..hehe. Tak dapat beli, tengok dan pegang pun jadilah buat masa ini. InsyaALLAH, lain kali bila dah ada rezeki, mungkin salah satu daripada jam-jam yang dipaparkan dalam post kali ini, dapat dijadikan koleksi untuk diri sendiri pula.

Monday, August 29, 2011

E'id Mubarak 1432H

E'id Mubarak. Mudah-mudahan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita ini meninggalkan kesan tarbiyyah yang mendalam kepada hati kita. Mudah-mudahan kita menjadi lebih bersyukur kepada NYA atas segala nikmat yang tak mampu kita tuliskan walau seluruh lautan dijadikan dakwat buat pena bekerja.

InsyaALLAH, peneman solat E'id tahun ini ialah Orient Open Heart FDB08005W, yang Alhamdulillah selamat sampai hari Jumaat yang lalu. Ini merupakan 1st Orient dan dress watch saya. Bimbang juga sampai lambat memandangkan musim perayaan, pejabat pos merupakan antara pejabat yang paling sibuk, dengan abang-abang posmen yang tetap bekerja walupun hari minggu.

Dipadankan dengan tali kulit yang selesa dipakai.

Terdapat tulisan Orient pada buckle nya.

Semi skeleton design yang menampakkan "jantungnya" memang satu design yang unik. Mekanikalnya yang bergerak-gerak menambah keunikannya. Seronok melihat ia bergerak-gerak tanpa jemu. Alangkah baik, jika lidah ini basah menzikirkan namaNYA, juga tanpa jemu.

Jarum-jarum yang berwarna biru berpadanan dengan dial yang berwarna putih bersih.

Caseback yang sangat simple dengan engraving yang minimal. Sticker hologram Orient yang menandakan ketulenannya menjadi identiti tetap bagi model-model Orient yang terdapat di pasaran.

Saiz 40mm memang lingkungan saiz-saiz yang saya gemari. Saiz merupakan antara faktor pening untuk saya membeli sesebuah jam itu. Kurang minat dengan saiz yang kecil. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan jam Orient pertama saya ini. Kos yang tak sampai 1/2 ribu, dengan kualiti yang pada saya amat memuaskan hati dan mata. Memang seronok apabila dapat membeli sesuatu yang dirasakan value for money, macam Orient Oepn Heart FDB0800W ini :)

Akhir kata, E'id Mubarak sekali lagi kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini. Mudah-mudahan, amalan saya dan rakan-rakan sekelian diterima ALLAH SWT. Taqwa yang menjadi sasaran kita, mudah-mudahan kita mendapatnya, InsyaALLAH.

Kullu 'Aam wa Antum bi Alf al-Khair

Taqabballahu Minna wa Minkum Ajma'een.