Monday, January 13, 2014

Sturmanskie Airman & Okeah Final Edition: Chrono dari Eropah Timur


Sturmanskie Airman & Okeah Final Edition, merupakan model-model reissue bagi jam Pilot dan Navy (Okeah untuk Ocean) Rupa asal jam-jam tersebut adalah seperti gambar-gambar di bawah:




Jam-jam ini dijana oleh movement Poljot 3133 yang agak tersohor dahulu. Untuk maklumat lanjut megenai sejarah jam-jam ini, blog jam pencintamasa ada membuat ulasannya seperti di bawah:



Jam Sturmanskie diserlahkan dengan lambang Wing di situ...barulah pilot..hehe


Sementara itu, jam Okeah atau Ocean yang berwarna biru menepati tema Navy yang begitu sinonim dengan laut


Jam-jam ini mempunya 2 crown dan 2 pusher button. Crown yang terletak di antara 2 pusher crown adalah untuk adjust masa. Untuk date, tiada quickset disediakan :p Pulaslah crown itu secara manual hingga sampai ke tarikh yang anda mahukan :D Penat juga tu...Di samping itu, crown tersebut juga digunakan untuk mengunci (manual winding), satu-satunya sumber kuasa jam ini. Putarannya agak lembut. Pusher button adalah firm tapi tidaklah ketat. Just nice :)


Crown yang satu lagi pula adalah untuk memutarkan inner bezel nya...putarannya lancar dan mantap. Tiada rasa longgar di mana-mana.


   Model reissue ini adalah dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit dan mempunyai no siri tersendiri. Model Sturmanskie sebanyak 700 utas. Manakala Okeah dalam kuantiti yang lebih sedikit iaitu 300. Gambar di atas ialah caseback bagi model Sturmanskie...


 ...dan ini pula untuk model Okeah

Bagi kolektor jam yang berminat dengan jam-jam chronograph yang mempunyai sejarahnya tersendiri, jam-jam yang diulas kali ini adalah amat berbaloi untuk di simpan. Saya tidak pasti samada jam-jam ini masih ada dijual di mana-mana. Kalau jam ini memang taste anda dan terjumpa pula di mana-mana, jangan tunggu lama-lama sebelum ia dikebas orang :D

6 comments:

Azam Taib said...

Tahniah bro..boleh berkolaborasi lagi...ngeee

walikard said...

Boleh banget Zam :D hehe

sah_kul said...

Tahniah. Semoga kekal jodoh berpanjangan.

walikard said...

Thanks bro :) jodoh pertemuan telah disuratkan bro :D

Pencinta Masa said...

Boleh percaya ke blog yang cerita pasal Jam Russia tu?

walikard said...

Boleh amat KP :) hehe