Tuesday, August 27, 2013

Orient M-Force Yang Kuning: EL03005Y


Lain yang dicari, lain pula yang dibeli..itulah yang berlaku kepada saya beberapa hari yang lepas. Hajat di hati membeli jam loceng Orient jenis klasik tu...sekali bawak balik 2 Orient...termasuk Orient yang kuning ini :)

Pertama kali saya melihat model ini di blog Yeomanseiko, di link berikut:


Memikirkan yang model-model baru sebegini pastinya akan lambat memasuki Malaysia, saya relax kan aja diri ini, dan taklah berusaha mencarinya selepas usaha menjejakinya secara online menemui jalan buntu. Apapun situasi berubah setelah saya berkunjung ke "port" biasa untuk membeli jam loceng yang dihajati. Ada pulak di melambai di situ....


Orient M-Force model dari tahun 2011 ini telah diberi sentuhan baru dengan dial kuning dan bezel serba hitam. Bentuk case, bezel, crown adalah sama...warna sahaja yang berubah...dial juga mengalami perubahan yang agak ketara juga selain warna kuning tersebut.



Bentuk case yang mempunyai 2 jenis finishing...brushed/satin di bahagian tepi...manakala polished di bahagian yang lain pula....kombinasi yang selalu ada pada jam-jam Jepun terutama Seiko dan Orient memang memuaskan hati. 


Di datangkan dengan sapphire crystal, sememangnya features yang janggal sekiranya ada peminat tegar Seiko diver. Plus point untuk jam ini pada saya. Apapun Hardlex yang digunakan Seiko mempunyai kelebihannya tersendiri.


Crown dengan lambang Orient, berserta line merah di situ. Persis Seiko Stargate. Drilled lug memudahkan kerja-kerja penukaran tali. Apapun, lug width nya adalah agak ganjil, iaitu bersaiz 23mm. Namun setelah dicuba, tali bersaiz 24mm juga boleh digunakan tanpa perlu modified apa-apa.


Tali getah yang didatangkan bersama jam ini agak lembut dan selesa. Apapun untuk skinny wrist mcm saya, sememangnya ia akan terjulur keluar, sama sahaja seperti Seiko Z20/Z22 yang terkenal itu.


Antara faktor penarik jam ini selain dari dial kuningnya itu ialah, terdapat Power Reserve indicator di situ...sangat handy, dan unik. Trademark Orient ini sememangnya tersendiri dan welcoming additional feature ini seolah-olah ekslusif kepada Orient sahaja dalam kategori harga sebegini.


Haribulan di kedudukan no 4, sejajar dengan crown yg berada di kedudukan yang sama. Terpampang tulisan M-Force berwarna merah di kedudukan no 9.


...Lagi gambar close-up yang tak berapa nak close :p


Caseback yang simple...Made In Japan yang mahal tu :)


Antara jam yang berbaloi dimiliki pada saya. Dengan harga yang  kurang sedikit berbanding Seiko Sumo, anda boleh memiliki diver yang berkebolehan hack and wind, power reserve indicator dan sapphire glass. Nak diver kuning? Carilah Orient M-Force kuning ini :)


Saturday, June 22, 2013

SOLD: Seiko SRP043K1 aka Spork


This discontinued piece need no more introduction. Kawan-kawan mengetahui akan "ke-legend-nannya" lebih dari saya :D Kondisi yang sangat memuaskankan hati. Saya kira dari pandangan mata sendiri, ia sekitar 9/10. Memuaskan hati InsyaALLAH.

Caseback yang almost tiada kesan calar.


Kristal yang juga tidak calar. Sepertimana Seiko diver yang lain, Hardlex turut digunakan pada Mighty Spork ini.


Bracelet yang solid, sesuai dengan karekter Spork yang nampak gagah itu. Juga dengan kesan guna yang amat mininal. Set ini lengkap dengan kotak dan manual :)

Berminat? Hubungi Azam di talian 019-2212688 untuk urusan peminangan. Harga yang ditawarkan ialah RM1,250 nego. Jam berada di Klang, Selangor. Pinang cepat sebelum terlambat :D

Wednesday, June 19, 2013

SOLD: Citizen BM6835-58E - Military


BM6835-58E - CITIZEN ECO-DRIVE 100M MILITARY milik seorang kawan untuk dilepaskan. Jam adalah berkeadaan baru memandangkan tuannya jarang memakainya. Sprecs adalah seperti berikut:

Glass: Mineral
Movement: Eco-drive
WR: 100m
Dimensi: 42mm, tebal 11mm

Gambar2 "suspek" (:p) sebenar adalah seperti berikut:

Marker oren yang stand out :)

 

Lume memamg boleh tahan

Jam memang berkeadaan seperti baru InsyaALLAH :) Berminat? Sila hubungi tuannya, Alcip di talian 016-2018363. Harga yang ditawarkan ialah RM450. Sebarang urusan peminangan boleh dibuat di nombor yang tertera di atas ya :D

Wednesday, June 05, 2013

For sale: Orient Ray Hitam

Berminat? Sila sms/call/whatsapp 019-3799160. Sedikit ulasan akan dibuat sedikit masa lagi. Harga yang ditawarkan ialah RM500, boleh dirunding. Barang seperti baru, dipakai 3 hari sahaja :D

Friday, May 31, 2013

SOLD: Seiko Monster Hitam SKX779


Untuk dilepaskan ialah seutas Seiko Black Monster SKX779 yang berkeadaan baik. Saya rate monster ni pada kondisi 8/10. Set didatangkan lengkap dengan kotak, manual dan lebihan link. 


Masih hensem :) Terdapat sedikit calar pada bezel.


Caseback juga masih cantik dengan kesan calar yang agak minimum.


Terdapat kesan-kesan calar di bracelet yang insyaALLAH boleh diminimalkan dengan penggunaan brushed pad. tapi personally, tak brush pun takpe, sebab tak seteruk mana. Tuan punya asal tak gunakan jam ini untuk aktiviti lasak sebaliknya dipakai ketika ke pejabat dan casual sahaja. Dive pun tak pernah :p


Kesan desk diving...insyaALLAH boleh diminimakan dengan brushed polishing tadi.


Di sini juga terdapat kesan calar yang minimum. InsyaALLAH, tak mencacatkan pandangan mata :D

Berminat? Sila SMS/call/whatsapp 019-3799160 untuk pertanyaan lanjut. Sepertimana diterangkan di atas, kotak dan manualnya disertakan. Harga? RM450 sahaja :) 1st come 1st serve basis ya :)

Telah dijual :) Terima kasih