Friday, August 18, 2006

Perpindahan Blog

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Alhamdulillah, blog baru saya telah pun dilancarkan semalam. Dengan ini, segala perkembangan semasa tentang Sataydiy.com, Internet biz dan lain-lain bolehlah diikuti di sini. Sudi-sudikanlah ye :-) Terima kasih juga kepada En. Blogger kerana setia berkhidmat selama ni ;-) Jenguk-jenguklah ye :-)

Thursday, August 10, 2006

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Pada kali ini saya nak kenalkan kawan-kawan pada teman baru saya. Hmm, jangan salah sangka, teman baru saya ni ialah PDA saya, iaitu Ericsson MC218, bukan teman yang "tu" tau...marah isteri saya nanti :-) Oklah saya admit yang PDA ni sebenarnya dah quite ages...maklumlah, dah release sejak tahun 1999 lagi. Opps, lupa pulak...Ericsson MC218 ni sebenarnya sama dengan Psion 5mx, memang sebijiklah, cuma berbeza sikit dari segi software je. Untuk makluman kawan-kawan semua, Psion dah stop keluarkan PDA sejak tahun 2001 lagi. Mereka dah tumpukan pasaran pada handphone. Hasilnya, itulah Nokia Communicator, nokia QD, SonyEricsson P900 series, Nokia S60, Nokia 7700 dan banyak lagi. Model saya ni sebenarnya sejak tahun 1999 lagi. So, dah berumur hampir 8 tahun PDA saya ni. Tapi mengapa saya memilih yang lama?

Saya sebenarnya dah menggunakan macam-macam PDA, baik Window CE, Windows Mobile, Palm dan yang terbaru (sebenarnya terlama) Psion, yang menggunakan EPOC. Untuk Window dan Palm, saya guna agak lama juga tapi tak berapa serasi. Bagi saya untuk basic PIM, appoinment, ambik note skit2 bolehla. Tapi untuk serious business, saya tak rasakan ia yang terbaik. Ini memandangkan saya tak dapat nak jadikan ia independent, yakni tak bergantung sangat kepada PC. Tambahan pula, Psion saya mempunyai keyboard, jadi ia seolah-olah sub-notebook untuk saya. Ada jugak cadang2 nak pubish website dari Psion saya ni, tapi kos mobile Internet membantutkan saya :-) Jumpa lagi lepas ni

Menjana Pendapatan Tanpa Modal Part 3

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Kali saya nak update sikit pasal affiliate yang saya dah join. Alhamdulillah, baru-baru ini saya dapat lagi dalam RM8 melalui sales yang saya dah buat menerusi Internet. Apa yang menarik, saya sbenarnya dah lama tak mempromosikan program affiliate ni. Tau-tau je, dapat je email yang mengatakan Maybank saya dah dikreditkan :-) syukur...sikit-sikit pun rezeki jugak. Ini secara tak langsung menambahkan balik niat saya untuk terus mempromosikan program-program affiliate yang sedia ada. Ada juga yang bertanya tak nak buat affiiate untuk sataydiy.com ke? InsyaALLAH bakal menyusul...kawan-kawan nantikannya ye :-) Oh ya, saya suka nak mengingatkan kawan-kawan agar berhati-hati dalam memilih program affiliate. Maklumlah, sekarang ni banyak program scam di Internet, sampai program yang tak scam pun turut mendapat tempiasnya...Inilah realitinya, ramai juga yang cuba mencari jalan singkat dengan cuba menangguk di air yang keruh...Ingatlah kawan-kawan semua, kekayaan dan kejayaan takkan datang bergolek. Kita perlu menempuh banyak halangan dan tribulasinya. Inilah sebenarnya harga kejayaan. Jangan terpedaya dengan slogan-slogan mudah untuk mendapatkan durian runtuh dengan sekelip mata kerana sunnatullahnya bukan begitu. Apa yang penting kita terus berusaha tanpa mengenal jemu untuk terus berjaya di dunia dan akhirat :-)