Saturday, July 23, 2011

Jam Perang Digital?

Ini jam G-shock ni, siri DW-6900...tapi pasal apa pelik aje rupanya? Siap ada tulisan nombor-nombor kat tali jam tu persis no tentera. Negative display dengan tulisan berwarna merah. Mengapa demikian? Gambar-gambar lain akan menyusul sedikit masa lagi :)

Wednesday, July 20, 2011

Next Project: PMMM (Poor Man Marine Master)

Nota: Gambar-gambar ini bukan milik saya. Ia adalah hakcipta www.yobokies.com

Saya sedang menantikan barang-barang yang diperlukan untuk menukar SKX007 yang saya beli terpakai, kepada rupa ini :) Sebelum ni memang saya dah ada satu. Yang ini yang lain pula.

Harga MM yang sangat tinggi, membuatkan saya berkira-kira untuk mengeluarkan sedikit belanja untuk projek "menaik taraf" ini. Untuk dail dan hands nya, USD59 telah dileburkan.

Kredit: http://www.mwrforum.net/forums/showthread.php?p=134111#post134111

Anda boleh melayari www.yobokies.com untuk lebih gambar...bukan sahaja untuk projek ini, malah pelbagai lagi. Sapphire glass untuk skx pun ada :) Sekarang saya menantikan dengan sabar. Apa yang saya akan dapat dari projek ini?

1) Sebuah PMMM yang saya kira cantik dipandang mata
2) Pengalaman, memandangkan saya bercadang untuk membuatnya sendiri. Sebelum ni setakat bukak caseback, cabut keluar crown stem, dan cabut keluar enjin untk kerja-kerja pembersihan. Tukar hands dan dial akan jadi pengalaman baru untuk saya :)

Mudah-mudahan impian terlaksana, InsyaALLAH.

Friday, July 15, 2011

Seiko SKZ249 aka Frankenmonster

Jam ini merupakan antara siri Seiko 5 Sports yang popular di kalangan penggemar jam. Ia datang dengan pelbagai variasi warna, namun warna oren inilah yang menjadi rezeki saya kali ini :) Di jual oleh seorang kenalan baik pada harga yang terbaik, saya tanpa berfikir panjang terus saja membelinya. Bentuk yang unik, lengkap dengan shroud seakan-akan Tuna can lantas menerbitkan cinta pandang kedua. Kali pertama terlihat memang tak minat :p

Kenapa ia dipanggil Frankenmonster ya? Setelah di google, maka inilah sebabnya:

Kredit: http://forums.watchuseek.com/f21/frankenmonster-owners-club-347533.html#post2589398

Skru yang terbonjol keluar dari shroud tu seolah-olah macam skru yang ada kat tekak Frankenstein itu.

Kombinasi warna case yang "brushed finished" dengan shroud berwarna hitam kena pada selera saya. Lug yang berlubang pula bermaksud kerja-kerja penukaran strap adalah mudah. Macam Seiko Monster juga.

"Caseback" nya juga agak unik dengan "brushed finished", berserta ukiran tsunami yang terkenal itu. Agak jarang Seiko 5 yang mempunyai kebolehan menyelam seperti ini. Turut terukir nama caliber 7S36 yang terbukti ketahanannya.

"Crown" nya memang besar. Terpampang tulisan 5 yang kelihatan gagah itu.

Dial berwarna oren, dengan strap getah yang sepadan. Satu kombinasi yang ada "chemistry". Terus terang, saya tak pakai tali oren tu ke pejabat :p Sebaliknya ditukarkan dengan tali asal, B22 yang agak keras. Kalau Z22 tu kurang selesa, B22 lagilah tak selesa buat saya. Jadi Zulu 22mm telah ditempah dan dalam perjalanan ke Malaysia.

Macam mana dengan lume dia ya? Terbaik!...macam kat gambar ni:

Kredit: http://forums.watchuseek.com/f21/frankenmonster-lume-stuff-336907.html

Adakah ia pembelian berbaloi? Sudah semestinya :) Dengan "features" sebegini dan harga yang tak mampu ditolak lagi, Frankenmonster ini merupakan antara pembelian berbaloi saya. Mengharap jodoh yang panjang dengannya :) Kredit kepada pemilik asal yang mengambil gambar-gambar di atas. Sebenarnya, gambar-gambar itulah yang menyebabkan saya tergerak membelinya. Memang racun! :)

Wednesday, July 13, 2011

Frankenmonster?


Nantikannya...paparan bergambar akan menyusul :)
Posted by Picasa

Monday, July 04, 2011

Casio Kiblat

Salam semua. Sebuah lagi jam yang agak popular di kalangan kita, iaitu Casio Kiblat. Terdapat dalam 2 versi, iaitu hitam (paling common dan banyak didapati) dan putih. Saya Alhamdulillah bernasib baik terjumpa dengan model ini di sebuah kedai jam di Seksyen 18 Shah Alam. Date yang terpapar masa pembelian sebelum di"adjust" ialah tahun 1990! Lama tu.

Mempunyai fungsi penunjuk arah kiblat dan tarikh Hijri adalah ciri-ciri utama jam ini. Terdapat juga fungsi kompas. Untuk ketepatan arah kiblatnya, saya pernah mencuba jam ini (saya mempunyai sebuah lagi Casio Kiblat berwarna hitam) di hadapan Kaabah yang hebat itu. Alhamdulillah, tepat "direction"nya.

Pandangan sisi kanan yang mempunyai butang biru yang mengaktifkan fungsi arah kiblatnya. Yang versi hitam berwarna hijau pekat.


Sensor yang tertulis "Bearing Sensor" untuk kerja-kerja mengesan medan magnetik. Dari segi ketepatan waktu solatnya, ia adalah agak "accurate" dengan +-5 minit toleran. Saya yakin method yang digunakan untuk menetukan waktu solatnya ialah mengikut kaedah "World Muslim League".
Perbandingan waktu solat dengan jam Alfajr milik saya. Perbezaan masa hanyalah satu minit untuk waktu Syuruk, dan di waktu-waktu yang lain seperti yang gambarnya saya paparkan di bawah ini.


Waktu Zohor

...dan Asar

Perbandingan dengan versi hitam

Jam Kiblat yang berwarna putih ini saya bercadang untuk menjualnya memandangkan saya telah punya versi hitam. Rasanya macam redundant pula. Set ini didatangkan lengkap dengan kotak dan manualnya. Berminat? Harganya RM290 sahaja :) SOLD