Alhamdulillah, Seiko 7002 dah selamat sampai :) Packaging yang simple sahaja. Padanlah dengan harga yang murah. Janji barang tak calar-balar bila sampai.
Itu dia...dial dan hands yang sudah dimodified, sepertimana gambar dalam post sebelum ini. Didatangkan dengan tali getah aftermarket Z22 tu. Agak lembut berbanding yang original. tapi still terjelirlah bila dipakai :p Terdapat tulisan Scubapro, dan 500 pada dialnya. Hanya deco ya :)
Caseback yang telah re-finish. Cantik! Case nya pun kemas hasilannya. Mr Loy memang seorang restorer yang handal. Cuma pusingan bezel sahaja yang kurang lancar. Tak menjadi masalah buat saya.
Boring dengan tali getahnya, saya pantas menukarkannya dengan Wjean super Oyster yang pada asalnya dibeli untuk SKX007. Fit! Tiada kerja-kerja tambahan yang diperlukan untuk menyesuaikan bracelet dengan jam. Version bracelet ini ialah yang hollow end link nya.
Amacam? :) Saya gembira dengan hasil kerja tangan Mr Loy. Bracelet Oyster tu pulak menambah serinya :) Pembelian yang berbaloi-baloi.
5 comments:
kurang perasan perubahan tu tapi cun, kalau tukar sekali besel insert lagi nmpk ketara...
kurang perasan perubahan tu tapi cun, kalau tukar sekali besel insert lagi nmpk ketara...
Nanti saya riki kat yobokies atau 10watches bezel insert nya tu. Nak cari yg bersesuaian :) Tq bang hassan :)
murah ke?? tak percayalah...hehe
sah_kul: Percayalah :p
Post a Comment