Thursday, August 18, 2011

Seiko 7002 Mod-Bakal Muncul InsyaALLAH

Nota: Semua gambar-gambar adalah milik penjual di ebay, Mr Loy dari Filipina.

Satu tangkapan terbaru yang belum tiba...dalam perjalanan dari Pasig City, Filipina. Mr Loy yang mempunyai reputasi tersendiri yang sememangnya di forum-forum antarabangsa, menjadi pilihan sebagai penjual pada kali ini. Apa yang menariknya, penjual claim yang jam ini masih water resistant :) Nampaknya bolehlah berenang dengan jam ini.
Case yang telah dipolish keseluruhannya menaikkan seri jam ini. Sememangnya saya menggemari jam-jam yang nampak baru sebegini.
Enjinnya telah diservis. Lihat sahaja casenya itu...macam baru! harapnya bukan indah khabar dari rupa.
Dial asal telah digantikan dengan aftermarket dial bertulis scubapro. Begitu juga hands set nya yang telah ditukar dengan parts aftermarket yang menyerupai dengan apa yang terdapat pada atuknya yang lebih tua, Seiko 6105.Didatangkan dengan tali getah aftermarket Z22. Harap-harapnya tidak keras seperti seiko Z22 yang tulen. Susah-susah, padankan saja dengan Nato atau Zulu :) Lagi sedap dipakai. Keseluruhan jam nampak cantik pada pandangan mata saya. Tidak sabar menanti abg posmen membawa khabar gembira sedikit masa lagi. Apapun, ini adalah pembelian kedua saya dari Mr Loy. Pegalaman pembelian pertama memang sangat positif, Seiko 7002 berdial oren :)

5 comments:

sah_kul said...

Tahniah... Aku belum berpeluang beli dari Loys sbb x pernah menang :(.. Jam nampak clean dan simple. Siap ada scubapro lagi tuh...

Tali Z22 yg original ada tulis Japan Z22 ke?? Yang pada aku ni lagi lembut dari aftermarket. Mana yang betul??

walikard said...

Tak pasti pulak bro...aku baca kat forum, yg aftermarket punya lembut skit. Tapi lambat laun ke Nato strap juga akhirnya tu :p haha. Loys punya jam susah nak bid...akhir2 masa ada aje yg potong...dari banyak2 percubaan 2 aje yang berjaya

duniajam said...

Tahniah! Loy Watch mmg terer bab refurbish jam diver ni. Depa buat sampai tahap macam jam baru

walikard said...

Tulah DJ, memang handal...sebelum ni belikan seiko 7002 untuk kawan, memang macam baru betul. Water resistant lagi pulak tu

thetick-thetick said...

aku terkesima bila ko type "Pasig City"... memang kat Philippines banyak jam-jam diver... aku 6 tahun ulang alik manila, tak sejibik pun aku bawak balik....