Nantikannya....Belum berkesempatan untuk membuat liputan sepenuhnya :) InsyaALLAH bakal menyusul tidak lama lagi.
Thursday, April 26, 2012
Saturday, April 21, 2012
From China with Watch: Classic Sea-Gull M185S
Alhamdulillah, setelah 5 hari menunggu, jam yang dipesan selamat sampai di tangan saya. Agak cepat juga memandang negara China adalah sangat besar. Perjalanan dari wilayah ke wilayah pun memakan masa yang agak lama. Saya kira, perkhidmatan EMS yang ditawarkan memang berbaloi. Cepat dan murah.
Rupa bentuk parcel yang diterima. Baik mutu bungkusannya. Saya kira, kalau kotak melambung-lambung semasa perjalanannya ke Malaysia, jam masih boleh sampai dengan selamatnya, in-one-piece :D
Buka-buka sahaja kotak, sekeping kertas yang agak lusuh diletakkan di bahagian paling atas. Apa isi kertas tu?
Oh yang ini rupanya...maaf saya pun tak faham apa yang dituliskan. Mungkin ada rakan-rakan yang mengerti Mandarin boleh menterjemahkannya. Saya kira, mungkin itu adalah gambar pengasas Sea-Gull ini. Apapun, saya appreciates dengan goodies sebegini.
Kotak Sea-Gull di balut dengan menggunakan micro bubble wrapper. Saya kira cukup untuk untuk menyerap hentakan semasa dalam perjalanan.
Kotaknya agak besar juga. Ada sesetengah pembeli mendapat kotak yang berbeza, seperti yang kelihatan pada kotak Swatch.
Booklet warranty ini adalah dwi-bahasa. Walau bagaimanapun, stamp warranty di letakkan pada bahagian yang berbahasa Mandarin.
Manual dalam Bahasa Inggeris. Simple sahaja...mekanikal buat apalah nak panjang-panjang (cakap orang malas baca manual :p) Apapun, terdapat bahagian yang sangat penting di manual tersebut seperti gambar di bawah.
Perhatikan pada friendly reminder nya...baca jangan tak baca :) Penting untuk menjaga hayat enjin jam yang dijana caliber ST16, yang berkebolehan untuk dikunci dan hack.
Luaran jam dibalut dengan bubble wrapper yang lebih tebal daripada yang digunkan untuk membalut kotak.
Jam dibalut secara keseluruhannya dengan plastic film untuk menghalang dari calar yang kelak akan mengguris hati :)
Sebenarnya crown nya mempunyai engraving "S". Namun kamera blackberry saya tak mampu merakamkannya secara sempurna. A very welcoming addition...memang add value pada jam ini.Sedikit kelemahan yang ada padanya, operasi yang melibatkan crown seperti mnukar date/hari dan masa, crown engagement pada fungsi-fungsi tersebut kurang smooth berbanding model Seiko JDM. Tidaklah lousy, dan play memang tiada...kurang smooth sahaja. Harganya? 3 kali ganda lebih murah :)
Jam ini bersaiz 38mm, tidak mempunyai lume, dan mempunyai tangan-tangan berwarna biru...saya amat menggemari ciri-ciri ini. Paling signifikan, hari pada kedudukan bawah marker 12 adalah bertulisan Mandarin...saya tak faham :p Namun, tulisan Mandarin pada jam ini, saya anggap macam tulisan kanji pada jam-jam JDM...istimewa, dan seolah-olah satu pemberitahuan tempat asalnya. Kalau diperhati lagi, pada kedudukan di bawah marker 6, terdapat tulisan "China Made". Apa? China? Hehehe...saya faham apa yang bermain di fikiran anda. Namun dengan sedikit carian, anda akan faham mengapa ramai WIS yang memberikan kredit kepada jenama China yang satu ini. Untuk saya, dengan harga ini, ia sememangnya sangat bernilai. Saya kira, kualiti melebihi harganya yang murah itu. Sungguh! :)
Untuk rujukan lain mengenai jam ini, sila lawati link berikut:
Model yang sama dengan sedikit variasi pada dial dan tangan:
http://forums.watchuseek.com/f72/new-arrival-seagull-m185s-679333.html
Sedikit berkenaan dengan caliber ST16 ini:
http://forums.watchuseek.com/f72/inside-st16-lots-images-207839.html
Sedikit berkenaan dengan caliber ST16 ini:
http://forums.watchuseek.com/f72/inside-st16-lots-images-207839.html
Tuesday, April 03, 2012
Citizen Nighthawk BJ7010-59E
Seperti yang dijanjikan pada post yang lepas, kini saya berkesempatan untuk membuat sedikit ulasan ringkas berkenaan jam ini. Tiada maklumat teknikal di sini melainkan yang brief sahaja :D
Perhatikan dial nya yang serba sibuk itu. Sememangnya, beginilah rupa jam pilot. Pada hemat saya, jam-jam pilot berjenama lain pun seakan-akan ini juga. Paling kurang, tentu didatangkan dengan slide rule. Gunanya? Untuk menyukat kadar tertentu seperti baki minyak, masa vs jarak perjalanan dan sebagainya. Saya tak guna pun :p
Signed crown menambah rupa paras pada jam ini. Terpampang logo Promaster yang agak terkenal itu. Saya yakin ia bukanlah asing bagi para peminat jam.
Caseback yang di engraved dengan detail dan cantik. Biasanya jam-jam berkos seperti ini cuma memakai cetakan laser sahaja. Nice!
Bracelet yang solid. End link pun solid! (Maaf tiada gambar, sekadar pembacaan di Google mengesahkannya)
Jam ini mempunyai satu lagi crown di bahagian kiri buat memutar slide rule. Sangat smooth. Tak terlalu ketat, tak terlalu longgar. Sedang-sedang sahaja.
Keseluruhannya, jam ini mempunyai 4 jarum. Jarum saat, jam, minit, dan 24-hour marker. Fungsi 24-hour itu adalah untuk memberitahu masa dalam format 24 jam. Juga boleh digunakan untuk fungsi dual-time. Untuk melaras jam ini, beberapa aturan perlu diikuti, dan ia tidaklah seperti jam-jam yang biasa. Perlu melaras 24-hour markernya terlebih dahulu. Selepas itu barulah jarum jam. Taklah susah sangat :)
Lume shot yang tak berapa nak menjadi :p Wajah sebenar jauh lebih baik daripada ini :) Lume adalah kebiru-biruan, berbanding kebanyakan model Seiko yang kehijauan.
Pakej lengkap Citizen semasa pembelian :)
Kesimpulannya, jam ini cantik! Berbaloi? Pada saya, ya, ia berbaloi. Dengan harga yang mampu milik, ia worth it untuk disimpan. Eco drive yang tak memerlukan bateri menambah kualiti yang sedia ada pada jam ini. Satu pembelian yang wajar :)
Untuk review yang lebih detail, sila ke:
http://quartzimodo.com/citizen-nighthawk-bj7017-50et-review/
Untuk review yang lebih detail, sila ke:
http://quartzimodo.com/citizen-nighthawk-bj7017-50et-review/
Subscribe to:
Posts (Atom)