Wednesday, May 16, 2012

Casio G-Shock DW-9052


Alhamdulillah, G-Shock DW-9052 yang saya beli semalam telah selamat sampai hari ini. Model ini merupakan model lama yg di re-issue, yang seangkatan dengan DW-6900 dan DW-5600 yang lebih popular dan terdapat dalam pelbagai warna. Model ini hanya terdapat dalam warna hitam dan biru sahaja. Yang biru adalah seperti ini:

Cantik juga kan? :)


Display model ini terbahagi kepada 4. Penunjuk waktu di bahagian bawah manakala tarikh dan hari di bahagian paling atas. Bahagian bulatan adalah penunjuk saat bagi setiap 10 saat. Bahagian yang berbentuk segiempat di tengah-tengah itu pula adalah penunjuk saat. Setiap kali penuh, satu bar pada bahagian bulatan akan terpampang.


Tulisan G berwarna merah pada butang illuminatornya. Kedudukan butang illuminator sebegini memudahkan operasi backlit nya. Terdapat juga G-shock yang butang illuminatornya di bahagian lain seperti Gulfman dan DW-5600 yang terletak di sisi jam. Kadang-kadang di dalam gelap terkial-kial juga mencari di mana butangnya. Kalau di tengah-tengah mudah saja mencapainya tanpa perlu mengagak fungsi butang tersebut.

Kelihatan plastik yang terkeluar di bahagian lug nya. Design sebegini persis yang terdapat pada model G-7900...  

...namun dari bahagian bawah, ia sama sekali tidak sama. Flap yang terdapat pada G-7900 lebih besar, dan memang menangkap pergelangan tangan bagi mengelak ia bergerak-gerak dengan bebas. Pada model ini pula, saya kurang pasti fungsinya. Yang pasti kalau nak tukar battery, kena cabut plastik kelabu tu dulu. Seperti yang terdapat pada kebanyakan G-Shock yang lain, logo "G Shock Resist" sebegitu memang tidak dapat dipisahkan.

Wristshot yang menunjukkan jam ni taklah besar sangat sebenarnya. Sedang-sedang saja :) Salah satu pembelian jam lasak termurah, tapi kualiti yang ditunjukkan memang melebihi harganya. Kata G-Shock.... :D
Posted by Picasa

13 comments:

Suka Jam said...

Aku belum lagi merasa G-Shock kat tangan.. Ada rezeki suatu hari nanti, aku pakai gak G-shock sebijik..

walikard said...

InsyaAllah sikit lagi bro. Plus G-shock harganya tak rabak poket :D

sah_kul said...

antara GS yg masih lg memiliki DNA GS model2 silam yg kekal bertahan dalam pasaran... jika mahukan GS dgn ciri2 klasik... dapatkan DW9052... jangan lepaskan... kalau tak, anda mungkin menyesal atau tokey kedai yang menyesal :)

walikard said...

Hehehe....betul3x bro. Tak tahan tang tokey kedai yg nangis tu :p

TIMEasitis said...

beli kat mana bro? dulu aku ada satu yang mcm nie :)

walikard said...

Bro m.nazri, aku beli kat sini:

http://www.ebay.com.my/itm/CASIO-G-SHOCK-DW-9052-1-200M-Watch-/251027300625?pt=LH_DefaultDomain_207&hash=item3a7264a111

Price tempting! :p

Rozif Rasid said...

arghhhh.....cisssss.....poisoning lagi.....

walikard said...

Mana ada racun daa...sikit aje :p Hehehehe

Rozif Rasid said...

hehehe...yg hitam nmpk sedikit tough berbanding yg biru nmpk JAMbu jaa... :)

walikard said...

Hehehe..ok apa jambu2 camtu :p Hehehe

Rozif Rasid said...

bahaya klu JAMbu-JAMbu nih...hahaha!!

Unknown said...

Saya baru terbeli. Racun teruk wooo. Hahaha

Unknown said...

Bape rm ni3