Sunday, February 10, 2013

Wave Ceptor/Atomic Sync Kini Berfungsi Di Malaysia?

Sebagai pengenalan, apakah itu wave ceptor ni sebenarnya? Seringkali kita melihat ia dibincangkan secara kerap di forum-forum jam antarabangsa, terutama di sub forum Casio/G-shock atau Citizen. Yang pasti, ia dikaitkan dengan ketepatan masa, "super tepat" tanpa perlu anda adjust jam anda setiap hari supaya selari dengan waktu Sirim atau jam TV. 
Wave Ceptor watches are able to calibrate themselves to the correct time by receiving time signals from various government time services around the world. These signals are normally driven directly by ultra-accurate atomic clocks, and so by synchronizing with the signals, the Wave Ceptor watches achieve long-term accuracy - the same accuracy as the atomic clocks that drive the time signals, which is on the order of one second in three million years.

Bagi sesetangah orang seperti saya, ketepatan to the lowest second bukanlah isu utama. Asalkan tak lebih/kurang 1 minit, saya masih ok :p Namun bagi sesetengah daripada kita yang sangat mementingkannya, jam dengan keupayaan Wave Ceptor atau Atomic Time syncing ini mampu menjadi jawapannya. Namun begitu, bolehkah kita mendapati servis ini di Malaysia?

The receivers to which the watches can tune themselves vary by watch submodel. CASIO mentions that in Europe, the watches will tune to the low frequency time signal radio station DCF77 located at Mainflingen in Germany or MSF at Anthorn (formerly transmitting from Rugby, Warwickshire) in the United Kingdom. In Europe the reception range is approximately 1500 kilometres. In the United States, they will tune into WWVB at Fort Collins. In Japan, they will tune to JJY on 40 kHz Mount Otakadoya, and 60 kHz Mount Hagane. In China, they will tune to BPC at Shangqiu. Some watches can register only some of these signals.

Berdasarkan maklumat di atas, hanya negara Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun dan China sahaja yang mempunyai receivers ini. Setakat info yang saya dapat buat masa ini, signal boleh dipancarkan sehingga 1,000km dari tempatnya...dan jarak pemancar-pemancar ini sememangnya lebih jauh dari jangkauan pemancarannya. Jarak Malaysia ke Jepun ialah 5,000km lebih manakala China pula 3,000km lebih. Secara logiknya, memang tak boleh dapat bukan? Namun cerita yang berbeza pula di dari Alor Setar, Kedah. Sahabat baik saya, saudara Fairul mendapati penemuan yang menarik untuk dikongsi bersama. Beliau menggunkana jam G-shock GW-5600J yang mempunyai 2 multiband (boleh sync dengan 2 tower daripada tower2 yang saya senaraikan di atas)

Ketiga-tiga gambar di atas adalah bertempat di Alor Star, Kedah di mana saudara Fairul menetap. Ketiga-tiganya di ambil pada hari yang berbeza....dan ia keep on continuously sync dengan atomic time setiap hari pada setiap malam, samada pada jam 12 lebih atau pada jam 1 lebih malam. Pada mulanya suspek utama ialah ini:

Perhatikan parabola yang dipasang di rumah jiran saudara Fairul ini. Mungkinkah parabola ini yang menjadi pemangkin atau signal booster kepada wave yang dihasilkan oleh receivers yang letaknya jauh beribu-ribu km dari Malaysia? Untuk mengesahkannya lagi, kali ini saudara Fairul cuba mengujinya di kampung beliau pula yang terletak 30km dari kediamanya...dan menemukan ini:


Ya, satu lagi jam G-shock beliau iaitu GW-M5610BC berkebolehan wave ceptor masih mampu menangkap signalnya!

Adakah Malaysia sudah mempunyai towernya yang tersendiri? Saya yakin tidak...dan yakin parabola itu memainkan peranan penting dalam hal ini. Apapun keyakinan saya sedikit goyang kerana jam masih mampu untuk sync walaupun berada jauh 30km daripadanya. Mungkinkah range parabola tersebut mampu memancarkan signal sejauh itu? Ya, masih logik, namun masih perlu diuji kesahihannya.

Adakah anda megalami pengalaman sebegini di tempat-tempat yang lain pula? Saya amat berbesar hati untuk berkongsinya di sini :)


24 comments:

sah_kul said...

berita baik ni bro... stakat ni kat tempat aku mmg lum pernah terima sebarang RC... tapi itu x melemahkan semangat untuk membeli GS yg ada RC :D

walikard said...

Bro, GS Mursyidul boleh dicuba tu... Manalah tahu menyangkut signal tu... Boleh menguatkan chemistry tu :D

Anonymous said...

It's remarkable in support of me to have a web page, which is good for my know-how. thanks admin

Also visit my weblog - replica watches

Azam Taib said...

http://time.sirim.my/about.htm

Azam Taib said...

http://time.sirim.my/about.htm

walikard said...

Thanks a lot bro for the link... Atomic juga nampaknya

Anonymous said...

Sesetengah model G-Shock boleh menerima isyarat radio disebabkan faktor pembuatan jam tersebut. Model G yang nipis seperti GW-9200 Riseman, GW-5600 & GW5610 dan juga GW-6900 boleh menerima isyarat tersebut dengan syarat cuaca mesti berkeadaan baik, tidak berawan dan sebagainya. Terdapat kes kat Singapura bahawa Riseman GW-9200 boleh menerima isyarat dari China terus ke jamnya!

walikard said...

Terima kasih atas maklumat tambahan tersebut...Rupa-rupanya faktor saiz juga memainkan peranan penting. Sahabat saya dalam post kali ni dah berpindah ke Shah Alam. Amazingly, signal masih boleh didapati! Teori saudara ada asasnya

Khadijah Firdaus said...

saya rasa tiada signal boleh didapati di malaysia. biasanya G shock, kena tekan lama2 butang 'search' lama2... kemudian jam akan display RC dan ada yang display bersama 'rcvd'... masa ni apa2 radio signal masa akan diterima. paling maksimum 12 minit untuk syncronizing.

selepas itu dia akan tertera tulisan 'GET' atau 'ERR'...

kalau GET maksudnya berjaya sync... kalau ERR adalah sebaliknya.

radio wave tower yg terhampir adalah di shangqui china... memang cp cp celah gigi je mungkin kena pada Malaysia...

saya harap rakan shah alam tu dapat update seperti yang saya nyatakan diatas untuk pembuktian... saya ada satu jam atomic... sekarang ni syncing manual je dgn NIST dan time.is .. gatal tangan haritu ngedjas saat sedangkan dah terupdate dengan tower di jepun.. sebab beli di jepun :D

kalau benar seperti yang didakwa, ini adalah berita baik :D

www.neskopi.com

walikard said...

Mgkn celah gigi tu :) kawan saya blogger jamseh.blogspot.com mmg tak pernah dapat signal kat sana walaupun ada Singaporean yang dapat signal tu

Rakan yg di shah alam tu dah pun jual jam tu :p Jadi mgkn agak sukar nak confirm...saya pernah test sekali dan akhirnya dapat signal RCVD tu...but adalah 1 daripada 3 mcm tu masa jam tu berada kat tangan saya utk dijual

Anonymous said...

antara smjung dgn sabah, sabah lebih dekat dgn chaina dgn smjung.. .xda pon signal radio clock ni

Rozif Rasid said...

parabola ni...x prnh dpt lg...nk kna try jgk laa...

walikard said...

Rozif: Kasik try bro...pastu update kat sini :)

SeNnDoh said...

kawan2 yang boleh sync ni, kome set timezone apa ye? sebab saya set timezone singapore(SIN), dan tak boleh ON pun RECEIVE function..
protrek user disini

Unknown said...

Ye ke ni..

Anonymous said...

kne ubah timezone, sin mmg x support waveceptor, cuba ubah HKG, timezone diorg sme ngn sin...

Anonymous said...

Sy guna hongkong. Dapat sync

Anonymous said...

Terima kasih kawan2 sudi komen. Keep on updating atas apa2 perkembangan ya :)

Anonymous said...

sy dh cuba bandingkan protrek PRW200J dgn gshock GWX-5600-1JF...
PRW200J boleh sync berbanding GWX-5600-1JF walaupun PRW200J adalah model lama...

Unknown said...

Sy tinggal di Sabah pemilik Protrek PRW-3510Y.. Setiap malam dapat receive signal update dari JJY.. Home City set to TPE (Taipei) sbb sama waktu Malaysia.. Lokasi kawasan Penampang Sabah, tinggal apartment tingkat 3..

walikard said...

Menarik perkembangan ini Tuan 👍😊 keep updating, Sama ada secara kerap atau sesekali.

Akeyra Penang said...

Saya ada model gw6900 dan cuba juga utk on benda ni. Tapi rasanya tak boleh. Dy tulis "GET -:--" macam ni saja. Adakah sebab saya tak dapat apa2 signal dan dia tak function. Atau saya kena ada dalam kawasan yang ada signal baru boleh set? Mohon pencerahan tuan punya blog. Sebab saya takut jam yang saya beli defect. Terima kasih.

walikard said...

Secara teknikalnya, kita di Malaysia tak mampu nak atomic sync atas faktor jarak. Jadi jika tak dapat sync, itu adalah expected :) Cuma kadangkala by chance boleh dapat, dan kebanyakan kes adalah atas faktor itu. Benar, perlu ada dalam kawasan yang ada signal barulah boleh set.

Unknown said...

Ada jam casio lineage tough solar wave ceptor selain jenis g shock.

Terima kasih atas perkongsian ilmu