Friday, November 28, 2014

For sale: Seiko SRP207K1


Salam dan selamat sejahtera rakan-rakan pembaca :) Seutas lagi jam tangan yang amat baru ingin dilepaskan oleh pemiliknya, saudara Azharudin. Bukan jiwa katanya...:D Jam sememangnya amat-amat jarang dipakai, lantas kelihatan begitu baru dan berseri sekali


Seiko 5 ini adalah dari generasi terbaru yang dipacu kaliber 4R36, berkebolehan untuk hack dan wind. Berdasarkan review dari internet, accuracy masanya adalah terpuji insyaAllah.


Didatangkan lengkap bersama kotak, manual dan warranti card. Nak dijadikan hadiah pun boleh sangat ni :D Untuk spesifikasi lengkap, sila ke link ini:


Harga yang ditawarkan ialah RM550 boleh dibawa ke meja rundingan. Berminat? Sila hubungi pemiliknya saudara Azharudin di talian 012-9429277. Lokasi beliau di Lembah Klang. Terima kasih :)



Monday, November 17, 2014

For sale: Frankenmonster Hitam Kondisi Hebat :)


Frankenmonster untuk dilepaskan oleh sahabat baik saya dari Melaka, saudara Aimran Hussin. Hanya jam sahaja. Kondisi insyaAllah puashati :) Bukak harga RM680, boleh dirunding dengan owner. Untuk urusan merisik, sila whatsapp/call/sms 012-6566484. Layan dulu gambar-gambar ya :)






Friday, October 17, 2014

Seiko Vintage Ke?


SNKM97K, begitulah nama yang diberikan kepada jam Seiko serba baru ini. Klasik menjadi tema utama bagi jam-jam lain dalam siri ini. Bagi saya, warna hijau ini yang paling menggamit hati minta dipakai di tangan :D


Cushion casenya agak besar, dengan marker dan jarum jam yang bersalut emas nampak menonjol dengan warna hijau yang menjadi latar jam. Persis sarb017, model Seiko JDM yang terkenal itu. 


Jelas keklasikannya :) Lug width adalah 24mm, dengan WR 50m sahaja.


Jarum saat merah tu!


Jam ini dipacu oleh movement 7s26, movement lama Seiko yang masih terpercaya...sangat reliable dan serviceable almost di mana-mana.


Clasp simple, dengan bracelet 2 kemasan iaitu polished di bahagian tengah dan diapit pula dengan brushed finishing di sebelah kiri dan kanan link.


Pandangan sudut tepi kiri...tampak ketebalannya, namun selesa dipakai walaupun agak berat


Unsigned crown...kalau ada sign "S" cam lagi best..hehe

Kesimpulannya, kalau anda sukakan jam yang besar dan klasik, silalah beli :D Namun, pada hemat saya model ini agak sukar dicari mungkin...harga yang tidak mahal (Bawah RM600), classic-looking adalah faktor-faktor mengapa ia diburu....Terbaik? Ya, memang terbaik :D




Sunday, August 24, 2014

Protrek lagi! PRG-80YT Pulak :)


Casio Protrek PRG-80YT yang dah lama discontinued. Dianggap sebagai salah satu model Protrek terbaik sepanjang zaman. Ulasannya? Tungguuu.... :D (ayat standard :p)

Saturday, July 05, 2014

Ramadhan Kareem! FS: Benrus Homage: Kronos


Ramadhan Kareem buat para pengunjung blog ini. Mudah-mudahan Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya InsyaAllah. Pada kali ini saya ingin berkongsi seutas jam yang agak jarang diperkatakan di Malaysia, tetapi mendapat perhatian di kalangan peminat jam seberang laut. Introducing, Kronos, homage kepada jam military popular, Benrus.


Jam ini dipadankan dengan doomed crystal yang tebal, seperti yang kelihatan di dalam gambar. Agak tebal, dan klasik.


Pandangan side case dari tepi..kemas dan halus buatannya. Jam ini telah di bead blast dengan rapi dan sekata finishingnya.

Case back yang simple, hampir menyerupai model asal yang di "homage" nya. Menarik pada pandangan saya dengan semangat military yang tebal.


Gambar movement di sebalik case back yang cantik tu lagi menawan :) Di pacu ETA2824-2, ketepatan masa jam ini sudah semestinya terjamin :D


Penjual jam ini ialah "watchesu571". Sila Google untuk maklumat lanjut. Penjual berpengkalan di Ebay sejak sekian lama. Hati-hati, racun banyak kat situ :D


Pandangan dari sisi atas depan lebih menyerlahkan ketinggian doomed crystal tersebut.


Kesimpulannya, homage menarik dengan beberapa penambahan tersendiri dari pembuat jam ini. Untuk para peminat di luar sana, jam ini adalah untuk dijual :) Harga buka ialah RM1,000 boleh runding sampai terjual. Untuk lebih gambar-gambar yang menarik, sila lawati link berikut:


Untuk urusan berkaitan jam ini, sila hubungi 019-3799160 untuk maklumat lanjut :D

Saturday, January 18, 2014

SOLD: Seiko Monster Limited Edition SRP453K1


Rasanya tak perlu nak diperkenalkan lagi model yang InsyaALLAH bakal menjadi legend ini :) Seiko Monster Limited Edition sempena 100 tahun Seiko. Jam yang dikuasakan kaliber 4R36 ini berkebolehan hack and wind, dengan 21,600 vph. Berdasarkan pengalaman rakan baik saya yang juga mempunyai model ini, ketepatan masa adalah lebih baik berbanding kaliber 7S26 yang memberi kuasa kepada Monster skx. 


Jam ini didatangkan dengan set yang lengkap, dan jam sememangnya macam baru. Tuan jam ini boleh dikatakan macam tak pakai langsung...pakai, tapi buat acu acu kat tangan sajalah agaknya :p


Masih diselaputi plastik biru buat mengelak kecalaran, dan sebagai lambang "kebaruan" jam ini :p 

Kepada yang berminat, sila hubungi saya di talian 019-3799160 (call/whatsapp/sms) untuk urusan merisik dan peminangan. Harga yang ditawarkan ialah RM977, BOLEH RUNDING. Cepat bertindak sebelum kehabisan :D

Monday, January 13, 2014

Sturmanskie Airman & Okeah Final Edition: Chrono dari Eropah Timur


Sturmanskie Airman & Okeah Final Edition, merupakan model-model reissue bagi jam Pilot dan Navy (Okeah untuk Ocean) Rupa asal jam-jam tersebut adalah seperti gambar-gambar di bawah:




Jam-jam ini dijana oleh movement Poljot 3133 yang agak tersohor dahulu. Untuk maklumat lanjut megenai sejarah jam-jam ini, blog jam pencintamasa ada membuat ulasannya seperti di bawah:



Jam Sturmanskie diserlahkan dengan lambang Wing di situ...barulah pilot..hehe


Sementara itu, jam Okeah atau Ocean yang berwarna biru menepati tema Navy yang begitu sinonim dengan laut


Jam-jam ini mempunya 2 crown dan 2 pusher button. Crown yang terletak di antara 2 pusher crown adalah untuk adjust masa. Untuk date, tiada quickset disediakan :p Pulaslah crown itu secara manual hingga sampai ke tarikh yang anda mahukan :D Penat juga tu...Di samping itu, crown tersebut juga digunakan untuk mengunci (manual winding), satu-satunya sumber kuasa jam ini. Putarannya agak lembut. Pusher button adalah firm tapi tidaklah ketat. Just nice :)


Crown yang satu lagi pula adalah untuk memutarkan inner bezel nya...putarannya lancar dan mantap. Tiada rasa longgar di mana-mana.


   Model reissue ini adalah dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit dan mempunyai no siri tersendiri. Model Sturmanskie sebanyak 700 utas. Manakala Okeah dalam kuantiti yang lebih sedikit iaitu 300. Gambar di atas ialah caseback bagi model Sturmanskie...


 ...dan ini pula untuk model Okeah

Bagi kolektor jam yang berminat dengan jam-jam chronograph yang mempunyai sejarahnya tersendiri, jam-jam yang diulas kali ini adalah amat berbaloi untuk di simpan. Saya tidak pasti samada jam-jam ini masih ada dijual di mana-mana. Kalau jam ini memang taste anda dan terjumpa pula di mana-mana, jangan tunggu lama-lama sebelum ia dikebas orang :D

Sunday, January 12, 2014

Jam Pilot Russia?



Jarang betul kedengaran mengenai jam Russia. Apa yang bestnya? Tunggu....review lanjut akan menyusul InsyaALLAH :)