Gambar kredit www.ninanet.net
Sunday, June 26, 2011
Pencarian Seiko 7A28/7A38
Monday, June 20, 2011
Updated: Jam Swiss & Kunci Pertama - Baylor Pepsi
Thursday, June 16, 2011
Bukan Jam: Motor Merajuk Siapa Tahu
Motor saya merajuk 2 3 hari kebelakangan. Ada masalah dengan electronics. Ingatkan bateri, lantas ditukar pada hari Khamis yang lalu, kerana menganggap itulah punca. Hari ini merajuk sekali lagi. Sah! Memang bukan bateri, malah elektroniknya. Bateri yang baru berusia 4 hari juga perlu ditukar, memandang sudah kembung dan tak selamat digunakan lagi. Mati tengah-tengah jalan haru juga. Alhamdulillah, hari ni dah baik sesudah mendapat sentuhan mekanik yang lebih otai...RM440 menyusut dari akaun bank :p nampaknya rancangan untuk menambah ahli keluarga jam idaman dihentikan buat sementara waktu :) Jam tak lari ;)
Sunday, June 12, 2011
SKX007K Dengan Bond Nato
Sementara menunggu Oyster bracelet yang belum ber"budget", Bond nato menjadi pilihan utama untuk menggantikan Z22 yang sering terjelir bila dipakai di tangan.
Nato Bond ini dibeli dengan harga RM30 beserta kos Poslaju dari Sarawak. Ia agak nipis memandangkan harganya tidaklah begitu mahal. Namun masih memiliki "the look" :)
Nato band juga bermakna, kerja-kerja menukar tali jam menjadi mudah, bahkan sangat mudah. Tidak perlu lagi "kuku kambing" untuk menukarnya, yang kadang-kadang terguris juga di bahagian "lug-end", yang akhirnya mengguris juga hati. Sayang, sayang. Walaupun ia tidaklah dalam kategori mewah, namun sayang tetap sayang.
Ia bererti perlindungan juga untuk "caseback"nya dari tercalar :) bahagian tepi taklah...yang tu kalau dah tercalar, Cape Cod polishing cloth lah jawabnya :p
Bond Nato dengan Seiko Bond, satu gabungan yang mantap? Untuk saya, ya! Namun lain orang, lain citarasanya. Satu masalah dengan strap-strap sebegini, ia memerap peluh yang sudah pasti akan mengundang masalah "hygiene" kelak. Apapun, ia sangat mudah dicuci, dan cepat pula kering. Sementara yang satu lagi basah, mungkin Nato berwarna "Olive Green" atau biru pekat menjadi pilihan :)

Friday, June 10, 2011
Seiko SKX007K1 - Jam Biasa-biasa
Buat masa ini, Seiko SKX007 adalah kemuncak pembelian saya. Pembelian yang lain-lain perlu ditangguh terlebih dahulu. Cadang nak beli yang J version...tapi tak apalah, sama sahaja pada walau "psiko" nya ada sedikit perbezaan...mungkin dari segi nilai collectivity dan kepuasan. Untuk saya, membeli jam ini rasanya sama seperti memiliki G-Shock DW-5600E tu, puas hati, dan InsyaALLAH tentu ia lebih kerap dipakai. Selepas ini Oyster II bracelet atau Super Engineer dari Tungchoy bakal menyerikan lagi SKX007 ni. Review tentang SKX007 ini rakan-rakan boleh baca di sini:i) Review dari Quartzimodo - Saudara Zami aka Stratman
ii) Dari Edscorner - dengan bracelet Oyster
Subscribe to:
Posts (Atom)