Buat masa ini, Seiko SKX007 adalah kemuncak pembelian saya. Pembelian yang lain-lain perlu ditangguh terlebih dahulu. Cadang nak beli yang J version...tapi tak apalah, sama sahaja pada walau "psiko" nya ada sedikit perbezaan...mungkin dari segi nilai collectivity dan kepuasan. Untuk saya, membeli jam ini rasanya sama seperti memiliki G-Shock DW-5600E tu, puas hati, dan InsyaALLAH tentu ia lebih kerap dipakai. Selepas ini Oyster II bracelet atau Super Engineer dari Tungchoy bakal menyerikan lagi SKX007 ni. Review tentang SKX007 ini rakan-rakan boleh baca di sini:
i) Review dari Quartzimodo - Saudara Zami aka Stratman
ii) Dari Edscorner - dengan bracelet Oyster
4 comments:
Baru aja sebut-sebut ari tu...da pn sampai. Tahniah bro. Aku pn mcm nk terminum racun yg sama jgk. Tali oyster tu ko nk dpt dr mana?
Hehe..tak tahan la bro :p Terus klik "Buy It Now". Tang oyster tgk kat sini:
Oyster dari Tungchoy
Super Engineer dari Tungchoy
Oyster II from Wjean
Tungchoy servis dia cepat. Wjean xde experience lagi dgn dia. Kata orang dia ok.
Pd pndapat aku yg x sberapa ni..
1. Oyster sesuai utk bond
2. Super engineer sesuai utk monster
...klu dr HK seminggu bole sampai. Klu Canada mau makan 3 minggu...gigil babe. Klu da smpi bracelet pilihan jgn lupa post kt blog. Aku pn x sabar nk tgk hehe :)
Beres bro...rasanya mmg oyster dah walau berkenan kat Super Engineer...mahal benor :p insyaAllah bro, aku update nnti bila dah sampai ya :)
Post a Comment