
Jam ini merupakan antara siri Seiko 5 Sports yang popular di kalangan penggemar jam. Ia datang dengan pelbagai variasi warna, namun warna oren inilah yang menjadi rezeki saya kali ini :) Di jual oleh seorang kenalan baik pada harga yang terbaik, saya tanpa berfikir panjang terus saja membelinya. Bentuk yang unik, lengkap dengan shroud seakan-akan Tuna can lantas menerbitkan cinta pandang kedua. Kali pertama terlihat memang tak minat :p
Kenapa ia dipanggil Frankenmonster ya? Setelah di google, maka inilah sebabnya:

Kredit:
http://forums.watchuseek.com/f21/frankenmonster-owners-club-347533.html#post2589398Skru yang terbonjol keluar dari shroud tu seolah-olah macam skru yang ada kat tekak Frankenstein itu.

Kombinasi warna case yang "brushed finished" dengan shroud berwarna hitam kena pada selera saya. Lug yang berlubang pula bermaksud kerja-kerja penukaran strap adalah mudah. Macam Seiko Monster juga.

"Caseback" nya juga agak unik dengan "brushed finished", berserta ukiran tsunami yang terkenal itu. Agak jarang Seiko 5 yang mempunyai kebolehan menyelam seperti ini. Turut terukir nama caliber 7S36 yang terbukti ketahanannya.

"Crown" nya memang besar. Terpampang tulisan 5 yang kelihatan gagah itu.

Dial berwarna oren, dengan strap getah yang sepadan. Satu kombinasi yang ada "chemistry". Terus terang, saya tak pakai tali oren tu ke pejabat :p Sebaliknya ditukarkan dengan tali asal, B22 yang agak keras. Kalau Z22 tu kurang selesa, B22 lagilah tak selesa buat saya. Jadi Zulu 22mm telah ditempah dan dalam perjalanan ke Malaysia.
Macam mana dengan lume dia ya? Terbaik!...macam kat gambar ni:

Kredit:
http://forums.watchuseek.com/f21/frankenmonster-lume-stuff-336907.htmlAdakah ia pembelian berbaloi? Sudah semestinya :) Dengan "features" sebegini dan harga yang tak mampu ditolak lagi, Frankenmonster ini merupakan antara pembelian berbaloi saya. Mengharap jodoh yang panjang dengannya :) Kredit kepada pemilik asal yang mengambil gambar-gambar di atas. Sebenarnya, gambar-gambar itulah yang menyebabkan saya tergerak membelinya. Memang racun! :)