Monday, June 27, 2011

Citizen NY2300 Pepsi Diver

Alhamdulillah, hari sampai lagi sebuah pembelian secara tidak sengaja :p Racun-racun berupa artikel-artikel dari tempat-tempat berikut memang tiada penawar melainkan membelinya.
Jam yang menggunakan movement Miyota atau Citizen Calibre 8200 memang sudah terbukti ketahanannya. Movement yang boleh di kunci menjadi antara selling point jam ini pada saya.

Saya suka dengan jarum jam dan minitnya yang besar. Nampak sasa. Tapi faktor yang paling penting dalam pembelian ini ialah, bezel pepsinya tu.

Belakangnya biasa-biasa sahaja. Ada engraving yang sangat simple. Kalau Seiko, Tsunami tulah pemberitahu yang "aku boleh menyelam".

Muka yang yang sinonim dengan para diver dari Seiko dan beberapa model-model Jepun yang lain.

Model yang saya beli ini didatangkan dengan kotak putih sebegini. Terdapat manual dan warranty disertakan. Warranty 3 tahun tu :)

Haa, 3 tahun tu :)

Tulisan kanji pun ada. Saya masih tak fasih lagi. Jadi, buat ambil gambar sahajalah :) Buat masa ini saya berpuas hati dengan pembelian kali ini. Sekurang-kurangnya, wakil dari Citizen masih belum ada dalam koleksi saya yang tak seberapa tu.

Perhatikan saiz kedua-dua penyelam ini. SKX007 lebih besar kan? Walaupun saiznya hanyalah berbeza 2mm, namun NY2300 nampak jauh lebih kecil dek dialnya yang lebih kecil pada pendapat saya.

8 comments:

sah_kul said...

Tahniah di atas kehadiran keluarga terbaru :)

walikard said...

TQ bro :) Bidding Seiko 7A38 semalam kalah :p Takde rezeki

Anonymous said...

x menghampakan citizen diver

walikard said...

Memang berbaloi Amar..tak mahal, tapi berkualiti baik

Anonymous said...

aku ada 2..satu sama macam bro, yang satu lagi, model lama sikit...mantap berfungsi

walikard said...

Aar, yang lama sikit tu model apa? Nanti aku nak google skit. Rasa mcam pernah tengok. Setakat terbayang-bayang, seakan-akan model ni gak.

zul said...

Saya tertarik dengan serial numbernya yang dah sembilan angka, berbanding dengan milik preview oleh bro radzi yang hanya 6 angka (tahun2000). Adakah ianya menunjukkan betapa banyaknya jam ini yang telah dikilangkan.

walikard said...

Saya x perasan tentang itu cikgu, dan terima kasih atas highlight tersebut...satu point baru untuk dikaji bersama. Saya akan update blog once misteri terungkai :)