Monday, June 27, 2011

Citizen NY2300 Pepsi Diver

Alhamdulillah, hari sampai lagi sebuah pembelian secara tidak sengaja :p Racun-racun berupa artikel-artikel dari tempat-tempat berikut memang tiada penawar melainkan membelinya.
Jam yang menggunakan movement Miyota atau Citizen Calibre 8200 memang sudah terbukti ketahanannya. Movement yang boleh di kunci menjadi antara selling point jam ini pada saya.

Saya suka dengan jarum jam dan minitnya yang besar. Nampak sasa. Tapi faktor yang paling penting dalam pembelian ini ialah, bezel pepsinya tu.

Belakangnya biasa-biasa sahaja. Ada engraving yang sangat simple. Kalau Seiko, Tsunami tulah pemberitahu yang "aku boleh menyelam".

Muka yang yang sinonim dengan para diver dari Seiko dan beberapa model-model Jepun yang lain.

Model yang saya beli ini didatangkan dengan kotak putih sebegini. Terdapat manual dan warranty disertakan. Warranty 3 tahun tu :)

Haa, 3 tahun tu :)

Tulisan kanji pun ada. Saya masih tak fasih lagi. Jadi, buat ambil gambar sahajalah :) Buat masa ini saya berpuas hati dengan pembelian kali ini. Sekurang-kurangnya, wakil dari Citizen masih belum ada dalam koleksi saya yang tak seberapa tu.

Perhatikan saiz kedua-dua penyelam ini. SKX007 lebih besar kan? Walaupun saiznya hanyalah berbeza 2mm, namun NY2300 nampak jauh lebih kecil dek dialnya yang lebih kecil pada pendapat saya.

Sunday, June 26, 2011

Pencarian Seiko 7A28/7A38

Gambar kredit www.ninanet.net

Saya mencari model ini (dalam gambar 7A28. 7A38 mempunyai day dan date) Agak sukar dijumpai. Ada yang offer, tapi harga tak terjangkau dan jauh beribu batu, tanpa saya kenal siapa penjualnya. Sekadar memberi gambar, sesiapa juga tentu boleh melakukannya. Di ebay ada, tapi jarang-jarang sekali bersua. Kalau ada rezeki, sudah pasti ada. Apapun, saya masih mencari. Kalau anda ada, dan mahu menjualnya, jom kita bincang harga. Kalau terjangkau, insyaAllah, memang saya berkehendakkannya.

Monday, June 20, 2011

Updated: Jam Swiss & Kunci Pertama - Baylor Pepsi

Baylor, satu jenama yang sudah kepupusan di alam maya ini. Hanya 2 Baylor yang saya pernah tengok live. Satu yang ini, dan satu lagi Baylor chrono milik Andy sifu jam di flea market Amcorp.

Selaput plastik yang masih wujud menghalang calaran. Adakah ia NOS? Memang nampak NOS pada zahirnya. Cuma ada sedikit kesan "fog" di dalam jam dekat cerminannya.

Jarum minit dan saat, serta date, marker 6, 9 dan 12 yang berwarna oren memang menonjol dan memberi kelainan kepada sang Baylor ini.

Saya suka jam ini :)

Cuma tali kulitnya agak keras, dan saya bercadang untuk menukarnya sedikit masa lagi.

Alhamdulillah, jam dah selamat sampai ke tangan dari Penang. Thanks Tn Dabu :)



Thursday, June 16, 2011

Bukan Jam: Motor Merajuk Siapa Tahu

Motor saya merajuk 2 3 hari kebelakangan. Ada masalah dengan electronics. Ingatkan bateri, lantas ditukar pada hari Khamis yang lalu, kerana menganggap itulah punca. Hari ini merajuk sekali lagi. Sah! Memang bukan bateri, malah elektroniknya. Bateri yang baru berusia 4 hari juga perlu ditukar, memandang sudah kembung dan tak selamat digunakan lagi. Mati tengah-tengah jalan haru juga. Alhamdulillah, hari ni dah baik sesudah mendapat sentuhan mekanik yang lebih otai...RM440 menyusut dari akaun bank :p nampaknya rancangan untuk menambah ahli keluarga jam idaman dihentikan buat sementara waktu :) Jam tak lari ;)

Sunday, June 12, 2011

SKX007K Dengan Bond Nato

Sementara menunggu Oyster bracelet yang belum ber"budget", Bond nato menjadi pilihan utama untuk menggantikan Z22 yang sering terjelir bila dipakai di tangan.

Nato Bond ini dibeli dengan harga RM30 beserta kos Poslaju dari Sarawak. Ia agak nipis memandangkan harganya tidaklah begitu mahal. Namun masih memiliki "the look" :)

Nato band juga bermakna, kerja-kerja menukar tali jam menjadi mudah, bahkan sangat mudah. Tidak perlu lagi "kuku kambing" untuk menukarnya, yang kadang-kadang terguris juga di bahagian "lug-end", yang akhirnya mengguris juga hati. Sayang, sayang. Walaupun ia tidaklah dalam kategori mewah, namun sayang tetap sayang.

Ia bererti perlindungan juga untuk "caseback"nya dari tercalar :) bahagian tepi taklah...yang tu kalau dah tercalar, Cape Cod polishing cloth lah jawabnya :p

Bond Nato dengan Seiko Bond, satu gabungan yang mantap? Untuk saya, ya! Namun lain orang, lain citarasanya. Satu masalah dengan strap-strap sebegini, ia memerap peluh yang sudah pasti akan mengundang masalah "hygiene" kelak. Apapun, ia sangat mudah dicuci, dan cepat pula kering. Sementara yang satu lagi basah, mungkin Nato berwarna "Olive Green" atau biru pekat menjadi pilihan :)

Friday, June 10, 2011

Seiko SKX007K1 - Jam Biasa-biasa

Buat masa ini, Seiko SKX007 adalah kemuncak pembelian saya. Pembelian yang lain-lain perlu ditangguh terlebih dahulu. Cadang nak beli yang J version...tapi tak apalah, sama sahaja pada walau "psiko" nya ada sedikit perbezaan...mungkin dari segi nilai collectivity dan kepuasan. Untuk saya, membeli jam ini rasanya sama seperti memiliki G-Shock DW-5600E tu, puas hati, dan InsyaALLAH tentu ia lebih kerap dipakai. Selepas ini Oyster II bracelet atau Super Engineer dari Tungchoy bakal menyerikan lagi SKX007 ni. Review tentang SKX007 ini rakan-rakan boleh baca di sini:

i) Review dari Quartzimodo - Saudara Zami aka Stratman
ii) Dari Edscorner - dengan bracelet Oyster

Thursday, June 02, 2011

SOLD: Casio G-Shock Riseman

G-Shock Riseman G-9200 Tough Solar untuk dijual. Jam berkeadaan sangat memuaskan, dengan tiada kesan calar. Semua fungsi-fungsi utama seperti Barometer dan Altimeter berjalan dengan baik sekali. Jam ini datang bersama-sama dengan kotak bulat aluminium G-Shock dan manual. Tiada lagi warranti memandangkan ia dibeli di Dubai. Harga: RM350. Sila hubungi saya untuk urusan pembelian ya :)

Gambar kotak aluminium G-Shock dengan manualnya

Bergambar dalam rumahnya :)

Wednesday, June 01, 2011

Jam Ini NASA Certified :) G-Shock DW-5600E


Tak mahal mana pun jam ini. Tapi yang istimewanya, NASA certified jam ini untuk ke space! Reason ini dah cukup kuat untuk saya melaburkan RM200 lebih sikit untuk membelinya dan jadikan koleksi :)


Fungsi jam ini memang sangat asas. Terhad kepada Alarm, Timer dan Stopwatch. Untuk lain-lain varian, beberapa fungsi tambahan seperti World Time turut disertakan. Saya sengaja memilih model yang asas ini, atas sebab yang telah saya nyatakan di atas. Jam ini bakal menjadi "beater watch" saya. Tak perlu takut calar atau resin casenya rosak masa menebas rumput atau membaiki motosikal :p


Model asas ini tertera perkataan "Illuminator" di bawah tulisan Casio. Untuk model-model lain, apa yang tertulis adalah berbeza-beza. Apapun variannya, ia tetap bersiri 5600, dan pada saya, sangat berbaloi untuk dimiliki.