Monday, August 29, 2011

E'id Mubarak 1432H

E'id Mubarak. Mudah-mudahan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita ini meninggalkan kesan tarbiyyah yang mendalam kepada hati kita. Mudah-mudahan kita menjadi lebih bersyukur kepada NYA atas segala nikmat yang tak mampu kita tuliskan walau seluruh lautan dijadikan dakwat buat pena bekerja.

InsyaALLAH, peneman solat E'id tahun ini ialah Orient Open Heart FDB08005W, yang Alhamdulillah selamat sampai hari Jumaat yang lalu. Ini merupakan 1st Orient dan dress watch saya. Bimbang juga sampai lambat memandangkan musim perayaan, pejabat pos merupakan antara pejabat yang paling sibuk, dengan abang-abang posmen yang tetap bekerja walupun hari minggu.

Dipadankan dengan tali kulit yang selesa dipakai.

Terdapat tulisan Orient pada buckle nya.

Semi skeleton design yang menampakkan "jantungnya" memang satu design yang unik. Mekanikalnya yang bergerak-gerak menambah keunikannya. Seronok melihat ia bergerak-gerak tanpa jemu. Alangkah baik, jika lidah ini basah menzikirkan namaNYA, juga tanpa jemu.

Jarum-jarum yang berwarna biru berpadanan dengan dial yang berwarna putih bersih.

Caseback yang sangat simple dengan engraving yang minimal. Sticker hologram Orient yang menandakan ketulenannya menjadi identiti tetap bagi model-model Orient yang terdapat di pasaran.

Saiz 40mm memang lingkungan saiz-saiz yang saya gemari. Saiz merupakan antara faktor pening untuk saya membeli sesebuah jam itu. Kurang minat dengan saiz yang kecil. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan jam Orient pertama saya ini. Kos yang tak sampai 1/2 ribu, dengan kualiti yang pada saya amat memuaskan hati dan mata. Memang seronok apabila dapat membeli sesuatu yang dirasakan value for money, macam Orient Oepn Heart FDB0800W ini :)

Akhir kata, E'id Mubarak sekali lagi kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini. Mudah-mudahan, amalan saya dan rakan-rakan sekelian diterima ALLAH SWT. Taqwa yang menjadi sasaran kita, mudah-mudahan kita mendapatnya, InsyaALLAH.

Kullu 'Aam wa Antum bi Alf al-Khair

Taqabballahu Minna wa Minkum Ajma'een.

Thursday, August 25, 2011

Seiko 7002 Dah Sampai

Alhamdulillah, Seiko 7002 dah selamat sampai :) Packaging yang simple sahaja. Padanlah dengan harga yang murah. Janji barang tak calar-balar bila sampai.

Simple kan?

Itu dia...dial dan hands yang sudah dimodified, sepertimana gambar dalam post sebelum ini. Didatangkan dengan tali getah aftermarket Z22 tu. Agak lembut berbanding yang original. tapi still terjelirlah bila dipakai :p Terdapat tulisan Scubapro, dan 500 pada dialnya. Hanya deco ya :)

Caseback yang telah re-finish. Cantik! Case nya pun kemas hasilannya. Mr Loy memang seorang restorer yang handal. Cuma pusingan bezel sahaja yang kurang lancar. Tak menjadi masalah buat saya.

Boring dengan tali getahnya, saya pantas menukarkannya dengan Wjean super Oyster yang pada asalnya dibeli untuk SKX007. Fit! Tiada kerja-kerja tambahan yang diperlukan untuk menyesuaikan bracelet dengan jam. Version bracelet ini ialah yang hollow end link nya.

Amacam? :) Saya gembira dengan hasil kerja tangan Mr Loy. Bracelet Oyster tu pulak menambah serinya :) Pembelian yang berbaloi-baloi.



Monday, August 22, 2011

Kelahiran yang dinantikan


Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Pencipta. Kedua-dua anak kami selamat dilahirkan secara normal jam 12.08 am dan 12.10 am tadi. Kelahiran kali ini agak mendebarkan kerana kali pertama mengandung kembar. Kedua-dua anak dan ummi berada dalam keadaan sihat wal afiat. Mudah-mudahan menjadi anak-anak yang solehah dan berbakti kepada Islam, masyarakat dan keluarga.

Thursday, August 18, 2011

Seiko 7002 Mod-Bakal Muncul InsyaALLAH

Nota: Semua gambar-gambar adalah milik penjual di ebay, Mr Loy dari Filipina.

Satu tangkapan terbaru yang belum tiba...dalam perjalanan dari Pasig City, Filipina. Mr Loy yang mempunyai reputasi tersendiri yang sememangnya di forum-forum antarabangsa, menjadi pilihan sebagai penjual pada kali ini. Apa yang menariknya, penjual claim yang jam ini masih water resistant :) Nampaknya bolehlah berenang dengan jam ini.
Case yang telah dipolish keseluruhannya menaikkan seri jam ini. Sememangnya saya menggemari jam-jam yang nampak baru sebegini.
Enjinnya telah diservis. Lihat sahaja casenya itu...macam baru! harapnya bukan indah khabar dari rupa.
Dial asal telah digantikan dengan aftermarket dial bertulis scubapro. Begitu juga hands set nya yang telah ditukar dengan parts aftermarket yang menyerupai dengan apa yang terdapat pada atuknya yang lebih tua, Seiko 6105.Didatangkan dengan tali getah aftermarket Z22. Harap-harapnya tidak keras seperti seiko Z22 yang tulen. Susah-susah, padankan saja dengan Nato atau Zulu :) Lagi sedap dipakai. Keseluruhan jam nampak cantik pada pandangan mata saya. Tidak sabar menanti abg posmen membawa khabar gembira sedikit masa lagi. Apapun, ini adalah pembelian kedua saya dari Mr Loy. Pegalaman pembelian pertama memang sangat positif, Seiko 7002 berdial oren :)

Saturday, August 06, 2011

Ramadhan Kareem Rakan-rakanku

Ramadhan Kareem untuk semua rakan-rakan yang dirahmati ALLAH insyaALLAH. Keterbatasan waktu dan peluang menyebabkan penumpuan aktiviti dihalakan kepada ibadah, pekerjaan, perniagaan dan keluarga. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik sepanjang kita hidup di muka bumi milik al-Khaliq ini. Sementara antara peneman setia pergelangan tangan ini ada saudara Protrek PRG-130 yang dibeli dari G-People Langkawi yang sangat cemerlang servisnya :) TQ jamseh.blogspot.com sebab recommend depa ni...lepas beli diorang call nak confirm address, lepas tu keesokannya call lagi tanya dah sampai ke belum :)