Tuesday, November 29, 2011
SOLD: Orient Open Heart-Offer RM300!
Offer price, RM300 sahaja :) Untuk maklumat lanjut tentang jam ini, sila rujuk posting saya sebelum ini di sini:
Berikut ialah video tentang jam ini:
Jangan segan-segan nak hubungi saya ya :)
Sunday, November 27, 2011
SOLD: Samsung Galaxy Spica i5700-Bukan Jam
Untuk dijual ialah sebuah handphone Android Samsung Galaxy Spica i5700, rooted dan buat masa ini dijana oleh Android 2.2.1 Froyo. Maaf, kali ini bukan pasal jam.
Handphone berkeadaan memuaskan, hampir tiada calar kecuali di bahagian bawahnya, akibat casingnya. Gambarnya ada dipaparkan di bawah.
Di jana dengan Android 2.2.1 Froyo. handphone ini menggunakan enjin 800mhz, dengan 180MB memory. Kedengaran sedikit, tetapi dengan root, hampir semua installation program adalah di di dalam external memory card, iaitu micro sd. Memory card yg disertakan hanya 256MB sahaja.
Pandangan sisi kiri
Battery door yang masih cantik
Warna yang dijana oleh handphone ini memang cantik. Turut menyokong fungsi multi-touch setelah di root.
Paparan muka menggunakan GO Launcher EX yang "ringan" dan lebih lancar.
Paparan muka menggunakan GO Launcher EX yang "ringan" dan lebih lancar.
Pakej yang disertakan ialah handphone, casing, original Samsung charger, dan original Samsung USB cable.
Ingin dilepaskan pada harga RM380 sahaja. Hubungi saya untuk kerja-kerja jual beli :)
Dapatkan specs nya di sini:
Review:
Thursday, November 24, 2011
Casio Klasik... Kenangan Lalu
Casio yang satu masa dahulu sering kelihatan di tangan-tangan kebanyakan dari kita. Paparan lengkap akan menyusul insyaAllah. Pasti tidak membocorkan poket anda :)
Thursday, November 17, 2011
SOLD: Jam Titus with Sub-second dengan Enjin Miyota
Di jana dengan enjin Miyota yang tersohor ketahanannya...dan boleh kunci! Dial hitam dengan sub-second menambah rupa pada jam. Banyaklah benda untuk dilihat-lihat. Didatangkan dengan bracelet asal dan tali kulit Bonetti.
Berminat? Sila hubungi Saudara Faiz di talian 013-5320282. Jam sangat anggun, dengan kondisi yang amat cemerlang. Cadangan harga ialah RM450. Untuk rundingan harga, sila berhubung dengan pemilik asalnya seperti yang disebutkan di atas ya. Tak rugi beli insyaALLAH...waranti pun masih valid :) Spesifikasi akan saya dapatkan dari pemunya dengan secepat yang mungkin.
Wednesday, November 09, 2011
SOLD: Seiko PMMM Dial & Hands untuk Seiko SKX
Up for sale ialah PMMM mod dial dan hands untuk Seiko diver SKX series seperti SKX007, SKX009 dan sebagainya. Hasilnya akan jadi seperti ini:
Saya pernah menulis tentang projek ini di sini:
Kedua-duanya hanya RM150 shipped. Langsung tak pernah pakai..kira projek terbengkalai lah ni :D Berminat? Sila hubungi saya untuk proses selanjutnya.
Monday, November 07, 2011
Seiko SKX009 dari 2003?
Seiko SKX009 adalah satu lagi Seiko diver yang menjadi ikon dalam dunia Seiko kelas pertengahan. Walaupun SKX007 yang lebih diberi perhatian, warna bezel pepsi ini tetap menarik bagi sesetengah pengumpul yang lain. Mungkin merasakan 007 agak common, maka sy memilih 009 pula. Apapun, ia bergantung atas selera masing-masing. Ada budget lebih, ambillah kedua-duanya sekali :)
Pada kali ini, si pepsi diver ini agak istimewa sedikit buat saya memandangkan ia adalah dari tahun 2003, berkeadaan asal, dan nampak vintaj dengan kesan penggunaan yang agak ketara. Dengan cermin yang bercalar dgn kesan calaran lama, di samping case yang mempunyai lekukan di beberapa tempat. Apapun, lume di dial masih menyala dengan cemerlang, di sebalik usianya yg dah menjangkau 8 tahun itu. Bracelet asalnya jubilee juga memberi keselesaan maksimum walaupun ia tak berapa cantik dipandang. Biasanya saya amat cerewet dengan kesan calar. Namun untuk SKX009 ini, tanpa banyak bersoal jawabnya terus saja saya menyambarnya :) Mungkin kesan penuaan yang asli menarik minat untuk saya memilikinya.
Perhatikan warna insert bezelnya yang agak luntur ditelan waktu
Walaupun berkeadaan vintage (calar-calar dan luntur), ia masih segak dipakai (pada sayalah :p) Sekarang saya dah agak memahami kenapa ada sesetengah collector di luar sana yang berkehendakkan jam yang berkeadaan asal (purist lah biasanya macam tu). Bagi rakan-rakan pembaca yang mengenali Thomas yang tinggal di sekitar Lembah Klang, lihat saja Seiko 7002 di tangannya itu...all original..tapi kesan guna memang hebat :)
Subscribe to:
Posts (Atom)