Saturday, December 31, 2011

G-Shock DW-6900 Klasik..Tetap Relevan di Mata

DW-6900 ni saya kira antara model G-shock yang masih dikeluarkan sehingga ke hari ini. Masih relevan dengan peredaran zaman. Bahkan banyak pula versi berwarna-warni yang kerap dikenakan golongan muda remaja.

Basic, dan semestinya ringkas. Cemerlang memberitahu masa dengan digit-digit yang besar, di samping paparan tarikh dan harinya.


Ada juga yang gelarkannya dengan "3 eyes" disebabkan 3 sub-faces seperti di dalam gambar.

Seperti kebiasaan, illuminator G-shock memang tak mengecewakan. Setiap tekanan untuk mengaktifkan illuminator akan bertahan 3 saat. Cukup lama untuk mengamati masa ketika di dalam gelap.

Cuma, yang menjadi sedikit kegusaran, model-model reissue yang baru ini didatangkan dengan buckle plastik yang tampak tidak kukuh. Namun berdasarkan pembacaan di sub-forum G-Shock Watchuseek, ia sememangnya kukuh...dan G yang mewakili ketahanannya tetap sama. Harga? Memang tak mahal :) Jom beli (dekat kedailah) :)

Tuesday, December 20, 2011

Casio G-Shock G-7900

Nampaknya 2 3 posting saya sejak kebelakangan ini didominasi oleh jam-jam plastik yang sangat popular ini. Kali ini G-7900 pula yang menjadi pilihan saya untuk dipakai dan dijadikan koleksi. Walaupun tak mahal, namun hati tetap puas memilikinya. Value for money? Sudah semestinya :) Untuk berkecimpung dalam hobi ini, tidak semestinya dengan jam-jam yang mahal sahaja. Bahkan untuk kebanyakan masa, mengikut pengalaman sendiri, jam-jam berharga tetapi murah inilah yang menjadi pilihan untuk di pakai. Apapun, InsyaAllah, saya akan cuba untuk buat liputan secara lebih menyeluruh di lain masa. Mudah-mudahan diperkenankan.

Thursday, December 08, 2011

Underrated G-Shock

Casio G-Shock G-2900 merupakan antara G-Shock yang jarang-jarang diperkatakan, melainkan sebilangan dari WIS yang mengikuti perkembangan jam yang terbukti lasak ini. Alarm dengan text display dan E- Data Memory adalah fungsi yang paling banyak disebut-sebut. Atas sebab itu jugalah jam ini berada dengan saya sekarang. InsyaAllah, lebih banyak gambar-gambar akan menyusul kelak.

Tuesday, November 29, 2011

SOLD: Orient Open Heart-Offer RM300!

Offer price, RM300 sahaja :) Untuk maklumat lanjut tentang jam ini, sila rujuk posting saya sebelum ini di sini:


Berikut ialah video tentang jam ini:


Jangan segan-segan nak hubungi saya ya :)

Sunday, November 27, 2011

SOLD: Samsung Galaxy Spica i5700-Bukan Jam

Untuk dijual ialah sebuah handphone Android Samsung Galaxy Spica i5700, rooted dan buat masa ini dijana oleh Android 2.2.1 Froyo. Maaf, kali ini bukan pasal jam.

Handphone berkeadaan memuaskan, hampir tiada calar kecuali di bahagian bawahnya, akibat casingnya. Gambarnya ada dipaparkan di bawah.

Di jana dengan Android 2.2.1 Froyo. handphone ini menggunakan enjin 800mhz, dengan 180MB memory. Kedengaran sedikit, tetapi dengan root, hampir semua installation program adalah di di dalam external memory card, iaitu micro sd. Memory card yg disertakan hanya 256MB sahaja.

Pandangan sisi kanan.

Pandangan sisi kiri

Sebagaimana diterangkan di atas, terdapat kesan calar di bawah handphone ini, yang disebabkan casingnya, bukan kesan jatuh atau terhentak.

Battery door yang masih cantik

Warna yang dijana oleh handphone ini memang cantik. Turut menyokong fungsi multi-touch setelah di root.
Paparan muka menggunakan GO Launcher EX yang "ringan" dan lebih lancar.

Pakej yang disertakan ialah handphone, casing, original Samsung charger, dan original Samsung USB cable.

Ingin dilepaskan pada harga RM380 sahaja. Hubungi saya untuk kerja-kerja jual beli :)

Dapatkan specs nya di sini:


Review:




Thursday, November 24, 2011

Casio Klasik... Kenangan Lalu

Casio yang satu masa dahulu sering kelihatan di tangan-tangan kebanyakan dari kita. Paparan lengkap akan menyusul insyaAllah. Pasti tidak membocorkan poket anda :)

Thursday, November 17, 2011

SOLD: Jam Titus with Sub-second dengan Enjin Miyota

Di jana dengan enjin Miyota yang tersohor ketahanannya...dan boleh kunci! Dial hitam dengan sub-second menambah rupa pada jam. Banyaklah benda untuk dilihat-lihat. Didatangkan dengan bracelet asal dan tali kulit Bonetti.

Berminat? Sila hubungi Saudara Faiz di talian 013-5320282. Jam sangat anggun, dengan kondisi yang amat cemerlang. Cadangan harga ialah RM450. Untuk rundingan harga, sila berhubung dengan pemilik asalnya seperti yang disebutkan di atas ya. Tak rugi beli insyaALLAH...waranti pun masih valid :) Spesifikasi akan saya dapatkan dari pemunya dengan secepat yang mungkin.

Wednesday, November 09, 2011

SOLD: Seiko PMMM Dial & Hands untuk Seiko SKX



Up for sale ialah PMMM mod dial dan hands untuk Seiko diver SKX series seperti SKX007, SKX009 dan sebagainya. Hasilnya akan jadi seperti ini:


Saya pernah menulis tentang projek ini di sini:


Kedua-duanya hanya RM150 shipped. Langsung tak pernah pakai..kira projek terbengkalai lah ni :D Berminat? Sila hubungi saya untuk proses selanjutnya.

Monday, November 07, 2011

Seiko SKX009 dari 2003?


Seiko SKX009 adalah satu lagi Seiko diver yang menjadi ikon dalam dunia Seiko kelas pertengahan. Walaupun SKX007 yang lebih diberi perhatian, warna bezel pepsi ini tetap menarik bagi sesetengah pengumpul yang lain. Mungkin merasakan 007 agak common, maka sy memilih 009 pula. Apapun, ia bergantung atas selera masing-masing. Ada budget lebih, ambillah kedua-duanya sekali :)

Pada kali ini, si pepsi diver ini agak istimewa sedikit buat saya memandangkan ia adalah dari tahun 2003, berkeadaan asal, dan nampak vintaj dengan kesan penggunaan yang agak ketara. Dengan cermin yang bercalar dgn kesan calaran lama, di samping case yang mempunyai lekukan di beberapa tempat. Apapun, lume di dial masih menyala dengan cemerlang, di sebalik usianya yg dah menjangkau 8 tahun itu. Bracelet asalnya jubilee juga memberi keselesaan maksimum walaupun ia tak berapa cantik dipandang. Biasanya saya amat cerewet dengan kesan calar. Namun untuk SKX009 ini, tanpa banyak bersoal jawabnya terus saja saya menyambarnya :) Mungkin kesan penuaan yang asli menarik minat untuk saya memilikinya.

Nampak tak calar tu?

Pandangan sisi

Lagi pandangan sisi

Pandangan dari bawah jam

Perhatikan warna insert bezelnya yang agak luntur ditelan waktu

Walaupun berkeadaan vintage (calar-calar dan luntur), ia masih segak dipakai (pada sayalah :p) Sekarang saya dah agak memahami kenapa ada sesetengah collector di luar sana yang berkehendakkan jam yang berkeadaan asal (purist lah biasanya macam tu). Bagi rakan-rakan pembaca yang mengenali Thomas yang tinggal di sekitar Lembah Klang, lihat saja Seiko 7002 di tangannya itu...all original..tapi kesan guna memang hebat :)

Sunday, October 30, 2011

Perjumpaan Mini Yang Amat Beracun

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH SWT, pada malam 25 Oct 2011 yang lepas sempat juga bertemu abg Hassan detikduabelas, beserta Usin the restorer (www.seikologi.wordpress.com). Sebenarnya nak berjumpa saudara Usin untuk servis restore beliau untuk jam Seiko 6139-6012 saya. Dah alang-alang jumpa kat Puchong yang merupakan home venue abg Hassan, apa lagi ajaklah tuan rumah sekali..hehehe. Perjumpaan yang bermula jam 9.30 malam itu berakhir jam 2.30 pagi, dengan 90% isi perbualan kami sememangnya berkisar soal jam.

Tu dia otai-otai jam sedang mencari ilham apa yang patut dibuat untuk berhenti membeli jam..hehe...eh mana ada, mana boleh stop :) Yang sebelah kanan tu abg Hassan. Yang kiri tu Usin. Antara hasil kerja beliau boleh dilihat di bawah ini. Liputan tentang jam yang saya hantar juga telah diupdate di blog beliau. Klik kat sini.

Cun! Bukan untuk dijual kata Usin. Buat tatapan anak cucu kelak. Juga boleh menjadi sebab yang kukuh untuk saya restore jam 6139 saya tu, selain nilai sentimentalnya kerana menyambut kelahiran kembar saya pada 22 Ogos yang lalu.

Ini antara jam yang dibawa abg Hassan. Saya ambil gambarnya kerana model ini adalah antara yang saya paling minat...dah tak payah restore sebab dah memang cantik. Tergugat iman...

Caseback pun clean...dari tahun 60-an tu! Navigator Timer buat masa ini jadi igauan aje dulu. InsyaALLAH, lepas ni ada rezeki bolehlah diangkut, sekiranya stok masih ada...

Bellmatic ini saja saya upload gambarnya untuk tatapan seorang kawan yang meminatinya. Apa lagi bang, kasi sambar :D

Seterusnya pada 28hb berikutnya, saya sekali lagi berjumpa abg hassan untuk membeli kotak jam yang macam briefcase tu. Alang-alang dah berjumpa, mintaklah abg hassan bawak jam-jam legend beliau untuk ditatap. Kira macam meracun diri sekali lagilah..hehe

Tu dia..primadona in the limelight malam tu...seiko MM...igauan kebanyakan penternak Seiko...memang best dipakai...kalau nak beli kena jual motor dululah :p

Ni pulak Orient diver 300m..siap power reserve tu..saiz dia pun besar, mengalahkan MM. Tengok gambar kat bawah ni untuk melihat perbezaannya..terasa beratnya di tangan. Apapun, memang best!

Besar kan Orient tu? Bagak sungguh! Memang kalau gaduh sure menang punya...hehe


Seiko Sumo oren! Ini pun best dan berat...patutlah ramai yang minat...terasa sedap ditangan...rasanya everything is just right.

The last samurai...jam ini ringan, dan unik senibinanya..langsung berlainan dengan seiko diver yang lain. Tak terasa bila di tangan especially dengan tali Zulu tu.


Ha, ini pulak Orient 60th Anniversary limited edition...hanya ada 1500 unit di seluruh dunia...yang abg hassan punya ni yang ke 4xx/1500. Ini antara jam yang sangat-sangat saya minati. Boleh hack, dan wind...siap dengan power reserve yg best itu.

Fuhh, pakai kat tangan memang menangkap...size dia just right pada saya. Macam nak kena gadai jam-jam lain aje untuk ambik yang ini :p

Ini pulak made in Germany, but with Japanese heart...lume super luminova kalau tak siap saya...enjin boleh kunci. Juga antara jam yang saya sangat minati...dengan harga di bawah 1k, ia sememangnya mampu milik.

Itulah antara yang sempat saya kongsikan dengan para pembaca. 2 sesi kecil-kecilan tersebut sememangnya racun untuk diri sendiri..hehe. Tak dapat beli, tengok dan pegang pun jadilah buat masa ini. InsyaALLAH, lain kali bila dah ada rezeki, mungkin salah satu daripada jam-jam yang dipaparkan dalam post kali ini, dapat dijadikan koleksi untuk diri sendiri pula.

Monday, October 24, 2011

Retracted: Seiko Stargate

Up for sale ialah Seiko SKZ325, lengkap dengan tali besi, kotak dan manual untuk dijual. Jam berkeadaan memuaskan. Tali besi dah nampak scratch sikit, tapi jam cun insyaAllah. Di datangkan dengan tali getah Seiko Z22. Harga? Untuk 2 hari sahaja, RM600 :) berminat? Hubungi saya untuk proses memimang ya.-RETRACTED :)

Friday, October 21, 2011

Casio Calculator CA-53W Retro-RM80

Masih ingat dengan model ini? Zaman kanak-kanak dahulu, jam-jam jenis macam inilah antara yang paling didamba. Paling nak, Casio gamewatch tulah.

Rupanya yang memang retro. Old school betul...sesiapa yang ada jam macam ini di waktu itu sure "terangkat" punya :)

Caseback yang biasa kelihatan pada model-model Casio yang lain. Jelas paparan modul nya yang bernombor 3208.

Pandangan sisi kanan. Simple aje.

Pandangan sisi kiri yang di hiasi 2 button besi. Jam ni lampu ayam pun tiada...tu yang 2 button tu aje.

Amacam bila dah dipakai kat tangan? Ok jugak nampaknya. Tak terlalu kecil...dan memang sangat ringan. Tak perasan jam ada di tangan. Sangat sesuai dipakai ketika membeli-belah di mana-mana dengan tujuan mengawal perbelanjaan agar tak tersasar :) Tapi nak kira laju-laju susahlah sikit sebab button nya yang kecil. Nak laju bawak kalkulator. Hehe

Tali getah yang lembut dengan buckle yang tertulis Casio.

Saya bercadang nak lepaskan jam ini pada harga RM80 saja termasuk kos Poslaju. Berminat? Hubungi saya untuk urusan merisik ya :)