E'id Mubarak. Mudah-mudahan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita ini meninggalkan kesan tarbiyyah yang mendalam kepada hati kita. Mudah-mudahan kita menjadi lebih bersyukur kepada NYA atas segala nikmat yang tak mampu kita tuliskan walau seluruh lautan dijadikan dakwat buat pena bekerja.
InsyaALLAH, peneman solat E'id tahun ini ialah Orient Open Heart FDB08005W, yang Alhamdulillah selamat sampai hari Jumaat yang lalu. Ini merupakan 1st Orient dan dress watch saya. Bimbang juga sampai lambat memandangkan musim perayaan, pejabat pos merupakan antara pejabat yang paling sibuk, dengan abang-abang posmen yang tetap bekerja walupun hari minggu.
Dipadankan dengan tali kulit yang selesa dipakai.
Terdapat tulisan Orient pada buckle nya.
Semi skeleton design yang menampakkan "jantungnya" memang satu design yang unik. Mekanikalnya yang bergerak-gerak menambah keunikannya. Seronok melihat ia bergerak-gerak tanpa jemu. Alangkah baik, jika lidah ini basah menzikirkan namaNYA, juga tanpa jemu.
Jarum-jarum yang berwarna biru berpadanan dengan dial yang berwarna putih bersih.
Caseback yang sangat simple dengan engraving yang minimal. Sticker hologram Orient yang menandakan ketulenannya menjadi identiti tetap bagi model-model Orient yang terdapat di pasaran.
Saiz 40mm memang lingkungan saiz-saiz yang saya gemari. Saiz merupakan antara faktor pening untuk saya membeli sesebuah jam itu. Kurang minat dengan saiz yang kecil. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan jam Orient pertama saya ini. Kos yang tak sampai 1/2 ribu, dengan kualiti yang pada saya amat memuaskan hati dan mata. Memang seronok apabila dapat membeli sesuatu yang dirasakan value for money, macam Orient Oepn Heart FDB0800W ini :)
Akhir kata, E'id Mubarak sekali lagi kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini. Mudah-mudahan, amalan saya dan rakan-rakan sekelian diterima ALLAH SWT. Taqwa yang menjadi sasaran kita, mudah-mudahan kita mendapatnya, InsyaALLAH.
Kullu 'Aam wa Antum bi Alf al-Khair
Taqabballahu Minna wa Minkum Ajma'een.
4 comments:
Tahniah atas jam raya.
Selamat Hari Raya!
Dial putih melambangkan kebersihan tambah dengan 'open heart' menyatakan ketebukaan hati serta tali kulit yang asli memang sajak dipakai jejaka tamapan di pagi aidilfiri. Memang the real jam raya. Tahniah. Selamat hari raya maaf zahir batin...
KP: Terima kasih :) 1st time ada jam raya ni. Hehehe. Eid Mubarak
Sah_kul: Terima kasih bro :) Memang simbolik bro. Bertepatan pulak. Rasa bertambah nilai berbaloinya :) Eid Mubarak
[p]And a important a single to boot! . Whether you search for sexy, fashionable, or conventional, [url=http://www.tiffayforsale.com]tiffany for cheap[/url] shopping online are exactly where it really is at . Getting difficulty coming up with the ideal gift for that particular female in your daily life? Regardless of whether its for your Tiffany and Co wife, your girlfriend or your sister, shopping for females can be a challenge . Tiffany jewelry sale , With sterling silver jewelry you can easily say that you are entertaining and cool whilst then again furthermore, it says sophisticated, sophisticated and decent . Why? Some do it to make some money; it隆炉s one of the easiest ways to start an online [url=http://www.tiffayforsale.com]cheap tiffany and co[/url] business . It would also provide them the reassurances, based on website [url=http://www.tiffayforsale.com]discount tiffany[/url] information, that they have not been cheated by unwisely investing in replicas . one particular of the very most demanded jewellery is artist tiffany [url=http://www.tiffayforsale.com]tiffany and co sale[/url] jewellery . It seemed [url=http://www.tiffayforsale.com]cheap tiffany jewelry[/url] that the bracelet隆炉s owner was a woman with a range of sentiments.[/p]
Post a Comment