Thursday, July 27, 2006

Pengalaman Order Pertama Kami

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Alhamdulillah, kali ni dapat juga saya peluang untuk menulis lagi di blog ini. Hmm, sebenarnya kesibukan bekerja telah membataskan masa saya untuk mempunyai lebih banyak masa di Internet. Namun, saya berjaya juga mencuri masa untuk menulis.Alhamdulillah...

Sebagaimana yang telah dijanjikan dalam post yang lepas, saya akan bercerita mengenai tempahan pertama kami yang diterima menerusi www.sataydiy.com. Sebenarnya agak kelam-kabut juga kami dibuatnya. Mana taknya, lebih kurang 6,900 cucuk satay yang perlu disiapkan dalam masa 2 hari sahaja! Alhamdulillah, kami berjaya juga menyiapkannya. Apa yang menarik, fokus kami di sataydiy.com adalah produk SATAY D.I.Y. Namun begitu, dah nak menjadi rezeki kami, satay yang menjadi pilihan utama :-) Penat tu jangan ceritalah, memang penat :-) Namun adatlah berniaga barang fizikal macam kami ni, lebih-lebih lagi satay yang memang agak rumit nak membuatnya. Takpe, yang penting kepuasan membuatnya, dan terlebih penting, anda berpuashati dengan hasil kerja kami :-)



Namun begitu, ada kelemahan kami yang terpapar dalam memenuhi tempahan kami yang pertama ni. Kami tiba agak lewat di tempat yang dijanjikan. Hmm, sejam jugaklah...yelah, tenaga kerja kami yang kurang telah membataskan pergerakan kami...6,900 cucuk satay bukanlah order yang sedikit untuk disiapkan dalam masa 2 hari. Tetapi insyaALLAH, perkara ini hanya akan menjadi sejarah dan kami berusaha gigih ke arahnya. Dari semasa ke semasa, kami akan terus berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan, agar lebih cemerlang :-)

Friday, July 14, 2006

Sataydiy.com sudah mula menerima tempahan :-)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT yang telah mengurniakan segala-galanya kepada kita, yang berkuasa membolak-balikkan hati, yang berkuasa memberi hidayah...the list continues...HE is the Almighty

Alhamdulillah, Sataydiy.com sudah mula menerima tempahan...oleh itu kini krew Sataydiy.com memang sibuk menyiapkan tempahan yang telah diterima. Walaupun agak penat, tapi kami tetap ceria dalam melaksanakan kerja-kerja kami supaya kualiti tetap terjaga dan yang penting KESEDAPAN BERPANJANGAN... :-) InsyaALLAH, selepas selesai dengan tempahan, kami akan tulis review di sini dan feedback daripada pelanggan-pelanggan kami. Jumpa lagi :-)

Err, dah dapatkan sample SATAY D.I.Y? Jika belum, dapat-dapatkanlah daripada kami ye...www.sataydiy.com :-)

Friday, July 07, 2006

Jana pendapatan tanpa modal di Internet: Part 2

Pernahkah kawan-kawan dengar Program Affiliate? Haa, inilah salah satu cara kawan-kawan boleh buat di Internet. Program Affiliate ni sebenarnya agak baru di Malaysia. Namun di luar negara, program sebegini telah menghasilkan ramai ratusan, ribuan dan jutawan!! Program Affiliate bukanlah program cepat kaya, skim piramid dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya dengan jadi Affiliate, kawan-kawan secara automatik jadi agen untuk sesuatu produk atau servis. Contohnya produk ABC. Kawan-kawan menjadi agennya (affiliate) dan setiap jualan produk ABC yang dibuat melalui anda, anda akan diberikan komisen. Biasanya untuk produk digital, komisennya lebih tinggi, kadangkala menjangkau sehingga lebih daripada 60%! Kebanyakkannya, pendaftaran menjadi Affiliate adalah percuma. Selepas pendaftaran, kawan-kawan akan diberi sebuah laman web yang mengandungi ID reference kawan-kawan dan bolehlah dipromosikan di mana-mana. Jangan SPAM sudahlah ye ;-)

Untuk maklumat yang lebih lanjut, kawan saya Zakuan ada membuat sebuah laman web khas tentang Affiliate ni. Website beliau adalah http://www.affiliatejaya.com Banyak maklumat-maklumat berharga tentang program Affiliate boleh di dapati di sini, ada ebook PERCUMA pulak tuh :-) Di samping itu, kawan-kawan juga boleh mencuba program-program Affiliate yang sedia ada di Malaysia ini tanpa sebarang kos! Kawan-kawan boleh klik link-link berikut di ruangan Links kat sebelah tu.

1) Ingin Roti Canai Sedap?
2) Anda Mencari Maskahwin?
3) Panduan Bina Laman Web
4) Panduan Google Adsense

Sebenarnya saya pun sedang belajar lagi tentang Affiliate ni. Pernahlah dapat hasil, tapi tak banyak...dalam RM60 gitu ;-) Jadilah untuk budak baru belajar macam saya ni. InsyaALLAH, kalau takde apa aral, lepas ni saya nak meng"affiliate"kan pulak Sataydiy.com saya tuh...mudah-mudahan dipermudahkan :-) Ok kawan-kawan, selamat mencuba.

Lagi tentang Sataydiy.com

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, hari ni kami dapat postkan sample Satay D.I.Y yang kawan-kawan dah order tu...maaflah sebab ambik masa yang lambat sikit, saya sebenarnya tengah kelam-kabut dengan macam-macam interview, tambahan pulak anak saya tengah demam. Apapun, kami tetap komited dengan kawan-kawan semua. Semoga sokongan yang diperolehi ini dapat meningkatkan semangat kami untuk terus lebih gigih berusaha :-)

Sebenarnya, Satay D.I.Y tu bukan saja untuk buat satay, nak buat ayam goreng berempah pun boleh gak ;-) maklumlah, tak semua orang nak buat satay sendiri kan? tambahan pulak keje-keje buat satay ni leceh sikit. Tapi percayalah IA BERBALOI! Apa lagi kalau menggunakan Satay D.I.Y kami ;-) Oh ya, tentang ayam goreng berempah tu, just lumur je rempah tu dengan ayam yang mentah yang telah digaul dengan sedikit kunyit, halia, lengkuas dan garam. Untuk lebih detail, sila dapatkan sample Satay D.I.Y percuma kami di www.sataydiy.com Sila-silalah :-)

Tuesday, July 04, 2006

Sambutan terhadap Sataydiy.com

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Hari dah hari hari kedua Sataydiy.com dilancarkan. Sambutan? Hmm, Alhamdulillah, bolehlah untuk orang-orang baru macam saya ni. Semoga ia terus berjalan lancar :-)
Sebenarnya semalam saya menghadiri satu temuduga di Petaling Jaya sebagai seorang Akauntan. Alhamdulillah, ALLAH memperkenankan permintaan saya dan saya akan memulakan tugasan bermula hari Isnin ini. Tanggungjawab saya agak berat sebenarnya, sama seperti tugasan saya semasa di Jeddah, Arab Saudi. Namun, saya pinta kepada ALLAH agar ditunjukkan jalan dan segala kesusahan dapat dirungkaikan. Maklumlah, sepandai atau sebijak manapun kita, kita tetap perlu kembali kepadaNYA. Kalau DIA tak izinkan, memang tak bolehlah. Begitulah resam kita sebagai hamba sebenarnya, kita perlu sentiasa meminta dan meminta kepadaNYA...dan DIA suka kepada hamba yang merayu dan merintih padaNYA :-)
Jumpa lagi! :-)

Monday, July 03, 2006

Sataydiy.com sudah dilancarkan hari ini

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Apa khabar kawan-kawan semua? Hari ni saya dah lancarkan www.sataydiy.com secara rasmi. Hmm, sebenarnya memang banyak kekurangan di mana-mana, tapi saya akan perbaiki sedikit demi sedikit, berdasarkan feedback dari kawan-kawan mahupun saya sendiri. Jadi, jemput-jemputlah, jangan malu-malu. Nak komen membina pun sangat dialu-alukan :-) Doakan saya ye. Ni saya ada sedikit shot dari gerai satay dan sup kami di Klang. Kawan-kawan boleh dapatkan maklumat lanjut di www.sataydiy.com/produk.htm.



Sunday, July 02, 2006

Alhamdulillah...aku masih bernafas lagi

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada semua. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana kita masih lagi boleh bernafas dalam oksigen kurniaan DIA, yang menjadikan segala-galanya. Semoga semakin hari semakin kuat kita mengingati DIA, semakin basah pulak lidah kita menyebut namaNYA. Amin.
Tentu kawan-kawan dah lihat post saya semalam tentang Google Adsense kan? Macam mana, menarik tak? Hmm, kalau kawan-kawan nak tahu, saya dah dapat kawan baru lagi dalam dunia Adsense. Orang panggil dia Alang. Macam RajaAdsense, dia ni pun orang lama jugak...duit hasil Adsense jangan ceritalah, BANYAK :-) Cemburu tengok kejayaan mereka ni dalam Adsense ;-) Sebenarnya, kita pun boleh ikuti jejak langkah mereka. MACAM MANA? Haa, bak kata Irfan Khairi (www.rahsiainternet.com) kita cuma perlu follow exactly apa yang mereka yang telah berjaya buat...lepas tu kita adjust sikit-sikitlah :-) By the way, kawan-kawan boleh dapatkan tip-tip yang berguna dari saudara Alang kita di www.szab.net/blog/. Jangan lupa bookmark ye :-) Ni kalau saudara Alang nampak nih mesti dia nak belanja saya makan...Hehe, gurau je Alang ;-)
Oklah, rasanya setakat ni dululah. Kalau kawan-kawan sekadar nak cuba-cuba Adsense ni, saya boleh terangkan tip-tip secara ringkas di post yang akan datang. Namun, kalau kawan-kawan betul-betul berminat nak dapatkan pendapatan sampingan melalui Internet secara serius, sila klik Panduan Google Adsense di column link hasil RajaAdsense, InsyaALLAH, kandungannya memang bermanfaat dan berwibawa. Jumpa lagi :-)

Saturday, July 01, 2006

Jana pendapatan tanpa modal di Internet

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Hari ni tulis Bahasa Melayu pulak, sebagai membuktikan yang Bahasa Melayu tak pernah dilupakan :-) English tu untuk improve my English je. Hmm, percaya tak kalau saya cakap kita sebenarnya boleh jana income dari Internet tanpa modal? YA, tanpa modal satu sen pun (Err, tak termasuk bil Internet ye...tang tu memang kena bayar ;-)) Sebenarnya memang boleh...anda pernah tak dengar tentang Google Adsense? Biasanya dia berbentuk macam ni:



Alamak, kecik sangatlah. Ni contoh dari Blog saya sendiri. Takpe, cuba tengok yang ni pulak:


Haa, nampak dah kan?? Ini shot dari website kawan saya, RajaAdsense. Itulah yang dinamakan Google Adsense. Kawan-kawan mesti pernah nampak benda ni kat mana-mana kan? Cuba ingatkan...
Kawan-kawan tahu tak, setiap klik pada link-link tu akan memberikan $$$ kepada pemilik website berkenaan? Itulah yang menariknya tentang Google Adsense ni. Kita boleh menjana pendapatan setiap kali klik dibuat. Ia lebih dikenali dengan Pay Per Click atau PPC. Persoalan yang timbul, macam mana Google boleh bayar kita pulak kan? Banyak betul duit Google nak bagi duit macam tu je, dengan KLIK aje pulak tu. Hmm, sebenarnya, Google bukan bayar dengan duit dia, tapi dengan duit pengiklan tu. Kira Google ni macam orang tengahlah. Setiap kali orang KLIK link tu, pengiklan akan bayar kepada Google dan Google pulak akan bagi sedikit dari duit tu kepada kita.
Berapa yang saya dah dapat? Untuk pengetahuan anda, masa tu saya langsung tak tahu pasal Adsense ni, apatah lagi cara nak maximize profit daripada Google Adsense. Tu yang sikit sangat tu. Jadilah buat tambah semangat :-) Nak tau berapa? Hehehe...USD0.34....
Sebenarnya, saya pun masih belajar cara-cara nak maximizekan profit dari Adsense ni. Yelah, Sataydiy.com pun ye jugak, yang Adsense pun ye jugak. Kesempatan yang baik macam ni, jangan dilepaskan. Oh ya, untuk rujukan tentang Google Adsense berbahasa Melayu, boleh klik kat Panduan Google Adsense kat sebelah tu, bawah column Links, di bawah "Panduan Bina Laman Web". Tu website kawan saya, RajaAdsense tulah. Nama sebenar dia Shamsuriyadi, oghang Teghanu kite. Pengalaman beliau memang banyak, pitih dari Adsense pun boleh tahan ;-) Apapun, Selamat Membaca Bersama-sama :-)