Tuesday, July 04, 2006

Sambutan terhadap Sataydiy.com

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Hari dah hari hari kedua Sataydiy.com dilancarkan. Sambutan? Hmm, Alhamdulillah, bolehlah untuk orang-orang baru macam saya ni. Semoga ia terus berjalan lancar :-)
Sebenarnya semalam saya menghadiri satu temuduga di Petaling Jaya sebagai seorang Akauntan. Alhamdulillah, ALLAH memperkenankan permintaan saya dan saya akan memulakan tugasan bermula hari Isnin ini. Tanggungjawab saya agak berat sebenarnya, sama seperti tugasan saya semasa di Jeddah, Arab Saudi. Namun, saya pinta kepada ALLAH agar ditunjukkan jalan dan segala kesusahan dapat dirungkaikan. Maklumlah, sepandai atau sebijak manapun kita, kita tetap perlu kembali kepadaNYA. Kalau DIA tak izinkan, memang tak bolehlah. Begitulah resam kita sebagai hamba sebenarnya, kita perlu sentiasa meminta dan meminta kepadaNYA...dan DIA suka kepada hamba yang merayu dan merintih padaNYA :-)
Jumpa lagi! :-)

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum wak,
kalo aku dtg ada satay free tak? dah lama tak makan sate ni.. hahaha

walikard said...

Ada, datangla...jemput lagi kawan2 lain...hehehe

Anonymous said...

aku tinggal msg kat previous entry