Friday, July 07, 2006

Lagi tentang Sataydiy.com

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, hari ni kami dapat postkan sample Satay D.I.Y yang kawan-kawan dah order tu...maaflah sebab ambik masa yang lambat sikit, saya sebenarnya tengah kelam-kabut dengan macam-macam interview, tambahan pulak anak saya tengah demam. Apapun, kami tetap komited dengan kawan-kawan semua. Semoga sokongan yang diperolehi ini dapat meningkatkan semangat kami untuk terus lebih gigih berusaha :-)

Sebenarnya, Satay D.I.Y tu bukan saja untuk buat satay, nak buat ayam goreng berempah pun boleh gak ;-) maklumlah, tak semua orang nak buat satay sendiri kan? tambahan pulak keje-keje buat satay ni leceh sikit. Tapi percayalah IA BERBALOI! Apa lagi kalau menggunakan Satay D.I.Y kami ;-) Oh ya, tentang ayam goreng berempah tu, just lumur je rempah tu dengan ayam yang mentah yang telah digaul dengan sedikit kunyit, halia, lengkuas dan garam. Untuk lebih detail, sila dapatkan sample Satay D.I.Y percuma kami di www.sataydiy.com Sila-silalah :-)

No comments: