Sunday, July 02, 2006

Alhamdulillah...aku masih bernafas lagi

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada semua. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana kita masih lagi boleh bernafas dalam oksigen kurniaan DIA, yang menjadikan segala-galanya. Semoga semakin hari semakin kuat kita mengingati DIA, semakin basah pulak lidah kita menyebut namaNYA. Amin.
Tentu kawan-kawan dah lihat post saya semalam tentang Google Adsense kan? Macam mana, menarik tak? Hmm, kalau kawan-kawan nak tahu, saya dah dapat kawan baru lagi dalam dunia Adsense. Orang panggil dia Alang. Macam RajaAdsense, dia ni pun orang lama jugak...duit hasil Adsense jangan ceritalah, BANYAK :-) Cemburu tengok kejayaan mereka ni dalam Adsense ;-) Sebenarnya, kita pun boleh ikuti jejak langkah mereka. MACAM MANA? Haa, bak kata Irfan Khairi (www.rahsiainternet.com) kita cuma perlu follow exactly apa yang mereka yang telah berjaya buat...lepas tu kita adjust sikit-sikitlah :-) By the way, kawan-kawan boleh dapatkan tip-tip yang berguna dari saudara Alang kita di www.szab.net/blog/. Jangan lupa bookmark ye :-) Ni kalau saudara Alang nampak nih mesti dia nak belanja saya makan...Hehe, gurau je Alang ;-)
Oklah, rasanya setakat ni dululah. Kalau kawan-kawan sekadar nak cuba-cuba Adsense ni, saya boleh terangkan tip-tip secara ringkas di post yang akan datang. Namun, kalau kawan-kawan betul-betul berminat nak dapatkan pendapatan sampingan melalui Internet secara serius, sila klik Panduan Google Adsense di column link hasil RajaAdsense, InsyaALLAH, kandungannya memang bermanfaat dan berwibawa. Jumpa lagi :-)

No comments: